Thursday, September 11, 2014

Hospital Pilihan Untuk Bersalin

Assalamualaikum semua.

Hai, lamanya blog tak berupdate. Terlampau busy mungkin dengan kerja.

Beberapa minggu kebelakangan ni pun busy survey2 hospital untuk bersalin. Memang ada banyak pilihan sekitar kajang dan bangi sama ada private atau government. Actually memang tak kisah kat mana2 tapi kadang2 bila tengok review tentang layanan hospital gov ni timbul jugak rasa takut... Banyak yang kata facilities kurang, layanan kurang memuaskan dan keadaan wad yang agak crowded... Tapi tak kurang jugak yang bagi review yang bagus tentang hospital government ni..

Jadi, saya masukkan juga hospital government dalam list hospital pilihan untuk bersalin. Antara yang jadi pilihan ialah :

1. Hospital Kajang (gov)
2. Hospital Serdang (gov)
3. KPJ Kajang (private)
4. KPMC Kajang (private)
5. Hospital Islam Az-Zahrah (private)


Hospital Kajang

Mula-mula bercadang nak bersalin dekat government je. Sebab salah satunya adalah tak costing sangat. Tapi awal2 lagi terpaksa reject Hospital Kajang sebab suami tak boleh teman dalam Labour Room (LR) dan dengar ceritanya LR dan wad agak crowded.

Hospital Serdang

Pastu saya pun berkira2 nak bersalin di Hospital Serdang sebab suami boleh teman dalam LR. First class pun baru RM800. Kira berbaloi jugak kan.

Disebabkan alamat tempat tinggal saya di Kajang, jadi hospital serdang pun boleh terima kes saya. Tapi bila review lagi, ramai yang cakap, kalau sakit sikit2 dan jalan tak buka lagi biasanya staff nurse kat hospital serdang akan suruh balik je sbb LR terlampau crowded. Bila dah betul2 rasa nak bersalin, baru pegi hospital. Alamak, kita mana lah tau cmne rasa betul2 nak bersalin sebab dah nama pun first baby kan.

So bila bincang2 balik dengan suami, dia pun decide untuk saya bersalin dekat private hospital. Tapi masa tu saya masih lagi berkira2 nak bersalin dekat government memandangkan kos bersalin dekat private agak tinggi jugak untuk bersalin normal. Bersalin normal pulak ada kos sampingan kalau tambah vaccum, forsep atau epidural. Semuanya akan jadi plus2. Tu kalau bersalin normal, katalah tak de rezeki untuk bersalin normal(yelah, kita anak first jadi tak tahu apa masalah kita waktu bersalin kan), caj akan jadi lain.

Caesarian confirm 6k++ depends on the private hospital. So masa tu saya pun pujuk suami supaya bersalin di Serdang je. Tapi suami memang dah decide untuk saya bersalin di KPJ Kajang dengan Dr Rasliza. Lagipun memang sebelum ni sy ada check up dengan Dr Rasliza beberapa kali.

KPJ Kajang




But then, something happened with staff nurse Dr Rasliza. Malas nak cerita panjang, yang saya boleh ringkaskan, staff nurse Dr Rasliza tak mesra alam. Saya tak ada mood nak pergi check up bila tengok muka yang tak senyum...hurmmmm

Tapi, saya ada jugak survey package bersalin di KPJ Kajang.

Maternity Packages KPJ Kajang (normal delivery):

1. 4 bedded room RM2088.
2. 2 bedded room RM2318.
3. 1 bedded room RM2588.

Package included :

  • 2 days 1 night stay
  • consultation fees
  • nursery care
  • first newborn immunization (Hepatitis B, BCG, Vitamin K)
  • Screening - G6PD, Blood group, thyroid stimulating hormone


extra charge for optional procedures:

  • Forsep RM350
  • Vaccum RM550
  • Epidural RM700-RM800


Caesarian RM6000++

For me, package bersalin di KPJ Kajang quite expensive. Dan bila difikir2 dengan layanan yang diterima, saya memang nekad untuk keluarkan KPJ Kajang from my list.

More info about KPJ Maternity Packages, click here http://kpjkajang.com/promotion-detail.php?id=23

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)




So saya teruskan pencarian untuk bersalin. Dari review yang saya baca, hospital ni bagus sebab semua kakitangan dan doc adalah perempuan. Lagipun, ayat-ayat quran sentiasa dipasang dalam bilik wad. Doktor pakar kat sana pun bagus. HIAZ ada sediakan package Al-Kautsar yang berharga RM1388.

Pakej Bersalin Al-Kautsar RM1388

Package included:

  • Bilik 2 hari 1 malam
  • Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Test, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP B)
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar
  • Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
  • 4 bedded room


Terma dan syarat:

  • Kelahiran normal
  • Pemeriksaan Antenatal sekurang2nya 2 kali dengan Ginekologi dan Obstetrik pakar
  • Bayaran pendahuluan sebanyak RM300 untuk setiap tempahan
  • Caj tambahan untuk prosedur khas seperti Vacuum, Forcep atau Epidural.


Kelebihan:

Gym - percuma satu sesi sauna
Spa - 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

More info about HIAZ Maternity Packages click here http://azzahrah.my/my/package.php

Tapi, unfortunately memang tak boleh bersalin dekat Az-zahra dengan package Al-Kautsar sebab dorang request check up 2 kali dengan pakar dorang. Saya dah 38 weeks dan memang tak sempat nk check up dah. Kalau tak check up dengan pakar kena guna pakej normal and the starting price is RM2500++ tak termasuk lain2 caj yang boleh mencecah sehingga 4k jugak. Itu yang nurse tu cakap masa saya call Az-Zahra sebelum ni.

So, Az-zahra pun keluar dari list ye.

KPMC Kajang




Maka saya pun meneruskan pencarian dan mula baca review tentang KPMC Kajang. Setakat yang saya baca semua okay dan bagi feedback yang bagus. Jadi saya pun call KPMC untuk tanya tentang Pakej Bersalin KPMC Kajang.

Pakej bersalin KPMC Kajang (berkuatkuasa 1 Januari 2014)

1. 3 bedded room - RM1290
2. 2 bedded room - RM1490 (not available, tgh renovate)
3. single standard room - RM1650 (not available, tgh renovate)
4. single deluxe room - RM1750 (bilik besar sikit berbanding single standard dan ada sofa L shape)
5. single family room - RM1950 (lebih besar dari dr single deluxe dgn tambahan peti ais)
6. VIP room - RM2150 (besar macam bilik hotel dan ada queen bed. Sesuai lah untuk yang dah ada anak dan nak bermalam dengan family dekat wad)

*see, 4 bedded room dekat KPJ boleh dapat VIP room dekat KPMC...;p

Package included:

  • Bilik 2 hari 1 malam
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD, TSH & suntikan wajib ( vit k, bcg, hep B)
  • Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.


Extra charges for optional precedures :

  • Breech RM250
  • Vaccum RM250
  • Forceps RM200
  • Twin RM400
  • Epidural RM900


Caesarian RM5500 - RM6500

More info about KPMC Maternity Packages click here  http://kpmc.com.my/Pakej/pakej_bersalin_edisi_2014.pdf

Menurut staff nurse yang attend my call tu, saya kena jumpa doc pakar dulu untuk check keadaan kesihatan saya dan kandungan sama ada berisiko atau tak memandangkan saya tak pernah pegi check up dekat kpmc dan dorang tak de rekod saya.

KPMC Kajang ada tiga doc sakit puan. Dua daripadanya iaitu Prof Dr Jamil dan Dr Anita adalah pakar sakit puan. Manakala Dr Mimi pulak medical officer but still in Obstetrics & Gynaecology field. Prof Dr Jamil pulak adalah Pengarah eksekutif KPMC. Disebabkan saya memang nak bersalin dengan doc perempuan, so saya pilih Dr Anita atau Dr Mimi. Tapi Dr Anita sangat sibuk dengan appointment patient lain sehingga 20hb ni. Yang available cuma Dr Mimi. So nurse tu suruh saya setkan appointment dengan Dr Mimi.

Lepas dah letak phone, saya terus call bagitahu suami tentang KPMC. Suami pesan, balik dari kerja teruslah singgah KPMC untuk set appointment dengan DR Mimi. So balik dari kerja Jumaat lepas, saya terus singgh KPMC. Kebetulan KPMC memang letaknya dalam perjalanan pergi balik kerja. Lepas tanya sedikit sebanyak dengan nurse dekat kaunter pendaftaran, maka saya pun dapatlah tarikh appointment pada Isnin 7 Sept 9 pagi.

Esoknya iaitu sabtu, suami ajak pegi KPMC untuk tengok keadaan bilik wad kat sana. Kami request je dekat kaunter pendaftaran untuk tengok bilik. Nurse tu cakap, kalau tak ada orang, boleh tengok2. Kami pun melilau-lilau dekat tingkat 2 dan 3 tengok bilik. So far semua okay, bilik not bad dan nurse pun baik2 je layan kami. Mula-mula kami nak ambil bilik single standard je. Tapi, disebabkan bilik tu sedang renovate jadi kami decide untuk tukar kepada single deluxe room. Bilik taklah luas sangat tapi bersih dan ada sofa L shape. Bolehlah suami tido kat sofa tu nanti kan..hehe.. Okay, dah abis bab survey bilik.

Ni nak cerita tentang my first check up dengan Dr Mimi. Pegi dengan suami. Ambil tekanan darah, timbang berat, check urine. Kemudian jumpa Dr Mimi. kata Dr Mimi, so far kandungan tak ada masalah apa2, cuma disebabkan kandungan saya dah masuk 38 minggu, dia kena rujuk saya pada pakar jugak sama ada Prof Dr Jamil atau Dr Anita untuk tengok keadaan kandungan saya . Ini memang prosedur KPMC melainkan kalau dari awal kandungan lagi memang dah check up dengan Dr. Mimi. Lepas tu terpulang pada saya nak pilih doc mana untuk sambut baby. Of course saya nak pilih doc perempuan.

Dr mimi setkan appointment saya pada Isnin depan 15 sept  dengan Dr Anita. Kalau masa tu saya tak bersalin lagi, saya kena jumpa Dr Anita lah. Kami ikut je apa2 yang terbaik untuk saya dan baby. Since dah decide nak bersalin kat mana, Dr Mimi kata saya dah tak perlu pergi check up dekat klinik kesihatan Sg. Chua. Just inform dorang bila dah bersalin.

Okay, alhamdulillah semua dah selesai. Kalau tak sebelum ni punyalah runsing tak tahu nak bersalin kat mana. Kita tengok je lah apa keputusan lepas jumpa Dr Anita nanti ye.

So hospital bersalin dah decide, barang keperluan dah beli, pakaian dan barang keperluan nak ke hospital pun dah packing. I am all set and ready. Tunggu baby je nak bagi tanda-tanda nak keluar..

Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan. Memang dalam hati ni ada perasaan nervous dan takut tapi saya cuma mampu berdoa, selebihnya tawakkal pada Allah.

Insya'allah..


27 comments:

  1. Dah bersalin ke? Ok tak KPMC? saya cadang nak bersalin di KPMC juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selamat bersalin 14/9 hari tu.. Kpmc very recommended. Service terbaik... Kpmc x lah secantik kpj tapi mmg selesa, doc and nurse semua baik2... Sangat baik lah sy boleh kata..hehehe.. Harga berpatutan... Sy bersalin dgn dr anita..:-)

      Delete
  2. Ok x Dr .Anita? Berapa charge semua skl ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi maaf ye lambat reply.. OK sangat2.. dr anita sangat baik dan nmpaklah kepakaran dia kat situ. nurse pun semua manis2 baik2 belaka.. mmg recommended. siap dapat goodies bag lagi... total sy bersalin hari tu, normal plus vaccum RM 2700++...

      Delete
  3. Price 2700++ ni package mana yer? VIP room ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pilih pakej single deluxe room - RM1750.. tapi bila plus vaccum dan etc jadi 2600++.. tapi service tip top..
      :)

      Delete
  4. Sy dulu pn kpmc.tp bersalin thn 2012. Total 1700 Utk 3 hari 2 mlm. Normal..hehe. Blk single. Layanan tiptop. :)

    ReplyDelete
  5. Sy dulu pn kpmc.tp bersalin thn 2012. Total 1700 Utk 3 hari 2 mlm. Normal..hehe. Blk single. Layanan tiptop. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya total semua 2600++ sebab vacum dan bius masa nak keluarkan uri(uri terlekat) dan jahit. tapi very recommended lah...:)

      Delete
  6. saya ketiga2 anak bersalin di KPMC.. tahun 2005, 2009 & 2012.. Semua anak2 Arwah Prof Jamil yang sambut.. mmg servis ok sgt2.. anak ketiga saya ambik pakej loyalty.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatihah untuk arwah Prof Jamil.. Alhamdulillah dah tiga anak awak. Pakej loyalty murah sikit ye?

      Delete
    2. Prof.Jamil dah meninggal ke? Saya checkup ngan dia last bln 1 2015..tak tahu la pulak..al -fatihah buat prof jamil

      Delete
  7. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete
  8. wah..
    gud info..
    jika ada duit lebih bersalin di private memang jadi keutamaan.
    yang penting kita selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Saya lebih rela menabung untuk bayaran kesihatan dari menabung untuk beli handbag, kasut etc yang mahal2 tu.. Yang penting memang selesa dan layanan pun bagus.

      Delete
  9. kpmc dh mahal dh skg. dulu ms ank ke 4 2013 sy checkup dgn arwah doc jamil bil area rm35 jer. pakej normal 3 bedded rm1190, total semua rm1250.
    pas tu ni ank ke5 sy reg start march boleh harga pakej lama rm1300 normal 3bedded. (klu reg selepas may2015 harga pekej jd rm1900. mak aihhhh!!). tp bsalin br2 ni ade masalah, terpaksa czer n diberitahu cost nya rm6500-7000. tpaksa gak la terima. ms nk byr ade gak husband tya kenapa czer ikut harga baru (sbb harga pakej lama dlm 5k-6k), then kaunter kt sbb gst.
    layanan mmg bagus cuma harga pakej baru tu agak mahal utk ward yg so-so.
    rs wad azzahra lebih selesa n murah buat ms ni, rm1700 2bedded.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 lg checkup bulanan 2015 pun paling kurang rm70, scan 2D, dr Anita. tp dr.anita vry nice.

      Delete
    2. Yup dr anita very nice. saya tak pasti dengan caj terbaru kpmc. tapi bila g check up bulanan mmg ada caj gst. tapi paling penting saya suka dengan layanan doc dan nurse.. :)

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. sy baru nak checkup dekat kpj jmpa dr rasliza,betul ke staff nurse dktr tu xmesra??

    ReplyDelete
  12. sy baru nak checkup dekat kpj jmpa dr rasliza,betul ke staff nurse dktr tu xmesra??

    ReplyDelete
  13. Dl saya checkup kt KPJ ok je staff nurse dia...nasib2 kut

    ReplyDelete
  14. assalam. agak2 harga utk 2017 ni dah naik mendadak tak...huhu...planning nk bsalin di kpmc...

    ReplyDelete
  15. saya rasa masih ok..sy pun plan nk bersalin KPMC denagn doc anita..harap semuanya ok..

    ReplyDelete
  16. ada siapa tak pernah checkup dengan dr.haizal? ok ke eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dgn dokter haizal DRI nes sampai dokter memang hancur kpmc Kajang orang nk bersalin nes tidor ..bayar mahal orang yg nk bersalin tu terpaksa bersalin sendiri Aku cukup kecewa ..dokter haizal pulak...cakap dgn orang yg dah bersalin knpa tak tggu saya... INI soalan APA tension Aku dgr...layanan nes nk je Aku baling tin sardin dkt muka.

      Delete
  17. Kalau ada tempat lain cri LA tp bukan kp--

    ReplyDelete

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...