Monday, August 24, 2015

TIPS KOS POSTAGE MURAH

Assalamualaikum..


KOS POSTAGE. Untuk peniaga online, kos postage adalah perkara kritikal. Ada customer yang tak suka kos postage mahal2. Jadi saya fikir solution untuk dapatkan kos postage murah. Saya search, survey dan call courier service untuk dapatkan kos postage yang paling murah. Akhirnya saya dapat solution untuk kos postage ni.




1. Saya guna Airpak Service sebab kos postage untuk 1kg below cuma RM6 sahaja. Tapi, consignment note/borang post tak boleh ambil suka2 macam poslaju. Kena beli dulu. Dan tak boleh beli satu, minimum kena beli 50 keping. So saya beli lah 50 keping  dengan keyakinan insya'allah boleh habiskan kesemua consignment note tu..





2. Saya buat account dengan airpak 3KG below cuma RM8.50 sahaja dan airpak akan datang tempat kita untuk collect barang. Jimat minyak, jimat masa dan tenaga. Airpak akan bagi consignment note dan plastik postage percuma pada saya. Nak daftar account cuma perlukan ssm sahaja dan percuma. Setiap 15hb dan 30hb, airpak akan email invoice. Boleh bayar by maybank2u dan email slip bayaran pada airpak. Senang kan. So solution sekarang, if barang kurang dr 1KG, saya akan guna consignment note yang RM6 tu, if lebih dari 1KG, saya akan guna account. Jimatttt..


3. Untuk barang bawah 500g, kadang2 saya guna poslaju je sbb kos postage dia still  RM6 which tak over dari budget dan kos yang saya kenakan pada customer. Actually customer ni kadang2 cuma familiar dengan poslaju. Bila saya cakap saya guna airpak, mesti ada yg akan tanya, apa tu? airpak? tak pernah dengar pun? hehehe.. so kalau yg ringan2 tu guna poslaju je lah supaya tak ada pertanyaan lanjut.
edit : kos poslaju as today 26/4/2017 ialah RM7.15 untuk 500gram ke bawah.


4. Untuk postage ke Sabah dan Sarawak, saya tak guna airpak sebab caj dia mahal. Bukan mahal sikit tapi mahal banyak. So saya akan guna poslaju. Tapi depends pada berat juga. Kalau berat below 1KG saya akan guna poslaju, kalau berat more than 1KG saya akan guna E-PARCEL atau DOMESTIK. Charge dia 1KG = RM10, 2KG = RM13. No GST charge. E-PARCEL ni bukan poslaju ye, ia adalah POS MALAYSIA. Borang E-PARCEL boleh ambil di pejabat pos Malaysia. Kalau nak post barang kena pegi pejabat pos. E-PARCEL akan ambil masa minimum 7 hari untuk barang tu sampai pada customer. Kalau customer tak sanggup tunggu, minta customer bayar caj postage lebih la iaitu 1KG = RM14.58, 2KG = RM15.18. POSLAJU ambil masa 3 hari bekerja.


5. Mungkin lepas ni saya akan buka akaun dengan poslaju juga untuk menjimatkan masa dan tenaga yang mana, poslaju sendiri yang akan datang ke tempat kita untuk collect barang. No extra charges. Tapi nak buka akaun dengan poslaju kena ada deposit RM500-RM1000 depends pada tempat. So lepas ni maybe akan guna poslaju untuk barang yang kecik2 tu. Yang more than 500g tu guna airpak la macam biasa. Nanti lepas saya dah open account dengan poslaju, saya bagi review yee..


Well, tu je lah sedikit sebanyak tips yang saya nak kongsi. Terima kasih sebab sudi membaca. :)


Tuesday, July 28, 2015

Restoran Zee Zee Cafe & Catering

Assalamualaikum.

Lama tak update blog kan. Busy sangat. hihi. Ni baru lepas balik lunch dengan encik suami. Sebenarnya nak luahkan kekecewaan selepas lunch dekat kedai asam pedas Prima Saujana ni. Nama kedainya Restoran Zee Zee Cafe & Catering. 

Mula2 plan nak makan kat Cafe La' Asqa tapi tutup pulak. (Chicken chop dia sedap tau!! Cafe ni wife boss kite yang punya)... So, kitorang pun melilau lah cari kedai makan. Tiba2 lalu depan restoran ni. Macam menarik sebab ada asam pedas. Saya ni memang suka asam pedas. So kitorang decide nak makan kat sini.



Kedainya tak de lah havoc mana pun, sama macam kedai makan masakan panas lain kan. So suami order nasi kukus, saya order asam pedas ikan merah, air durian belanda dan teh o ais. Dalam hati duk fikir harap2 sedap macam asam pedas bangi. Saya bajet harga paling2 pun RM15 kan semangkuk lebih kurang macam Asam Pedas Bangi. 

Mula2 sampai air durian belanda, saya dah kata dalam hati, first time dapat air durian belanda yg just letak hirisan buah durian belanda je dalam air, pastu letak gula dan kordial. Eh, biasanya air durian belanda yang saya minum diblend dulu. ok takpe mungkin saya silap sebab tak tanya dulu durian belanda tu blend ke tak.

Lepas tu sampai asam pedas. Jujur lah saya cakap memang tak sedap sangat. Kuah tak pekat macam Asam Pedas Bangi dan rasa pun kurang sedap. Tapi saya diam je.




Dah siap makan pegi bayar kat kaunter. Terkejut makcik. Total RM58.. Haaa?? Biar betul. Pastu dia kata asam pedas ikan merah (ikan sepotong kecik je hokay!!) tu harga dia RM28 semangkuk. Aduh, geleng kepala makcik. Biasa saya makan dekat Asam Pedas Bangi one set sekali nasi tak sampai RM15 pun. Kedai dia jauh lebih selesa dari restoran ni. Hurmmmm... Silap saya juga tak tanya dulu harga before order. Takpe jadikan pengajaran.

Apa boleh buat, semua dah hadam pun. Bayar je lah. Suami diam je tapi saya memang tak boleh diam sebab rasa macam melampau2 harganya. Lepas ni tobat memang tak makan dah kat sini. 

Yang penting saya nak bagitau kedai ni mahal dan tak sedap.

Nak tahu kat mana kedai ni? Ni alamat dia.

Restoran Zee Zee Cafe & Catering
D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
Kajang, Selangor.

Monday, January 26, 2015

Kelas Asas Jutawan Shaklee

Salam semua.

Baru hari ni berkesempatan nak update entry tentang kelas Master Kak Cery. Saya pergi 3 minggu lepas iaitu pada 7 Januari 2014 hari selasa. Siap ambil cuti halfday okayyyy semata-mata nak menimba ilmu. Ni first class saya join sepanjang menjadi sid shaklee. Tujuan utama saya join kelas ni sebab nak mengembalikan cas2 positif yang agak merosot sejak kebelakangan ni.. (marah pada diri sendiri...grrrr)


Okay, sambung balik tentang kelas ni. Baik sungguh hati Master Kak Cery, sudi luangkan masa untuk share dengan sid banyak perkara tentang shaklee. Ya, memang banyak ilmu yang saya dapat. Ada sesetengahnya memang saya dah tahu tapi tak tahu nak apply macam mana.


Antara topiknya ialah APA YANG ANDA PERLU TAHU untuk buat bisnes Shaklee?


Disamping tu jugak, Kak Cery buat saya makin bersemangat nak kaya dan berjaya dunia dan akhirat.


Banyak lagi sesi kelas yang Kak Cery anjurkan sepanjang tahun 2015 ni. Ada yang percuma, ada yang berbayar. Yang berbayar pun cuma RM5 per pax. Eh, sapa yang nak buat kelas dengan bayaran murah amat macam tu? Tak setanding pulak tu dengan ilmu seumur hidup yang kita bakal dapat.





Insya'Allah jika ada kelapangan saya akan menyertai kelas2 yang seterusnya.


Ni antara gambar2 sepanjang kelas tu. I yang pakai tudung purple tu, baris paling depan sekali, dua dari kiri yang duk tersengih2 tu..hihi..  Semangat uolls nak menimba ilmu.







Enjoy the pic...:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...