Monday, August 24, 2015

TIPS KOS POSTAGE MURAH

Assalamualaikum..


KOS POSTAGE. Untuk peniaga online, kos postage adalah perkara kritikal. Ada customer yang tak suka kos postage mahal2. Jadi saya fikir solution untuk dapatkan kos postage murah. Saya search, survey dan call courier service untuk dapatkan kos postage yang paling murah. Akhirnya saya dapat solution untuk kos postage ni.




1. Saya guna Airpak Service sebab kos postage untuk 1kg below cuma RM6 sahaja. Tapi, consignment note/borang post tak boleh ambil suka2 macam poslaju. Kena beli dulu. Dan tak boleh beli satu, minimum kena beli 50 keping. So saya beli lah 50 keping  dengan keyakinan insya'allah boleh habiskan kesemua consignment note tu..





2. Saya buat account dengan airpak 3KG below cuma RM8.50 sahaja dan airpak akan datang tempat kita untuk collect barang. Jimat minyak, jimat masa dan tenaga. Airpak akan bagi consignment note dan plastik postage percuma pada saya. Nak daftar account cuma perlukan ssm sahaja dan percuma. Setiap 15hb dan 30hb, airpak akan email invoice. Boleh bayar by maybank2u dan email slip bayaran pada airpak. Senang kan. So solution sekarang, if barang kurang dr 1KG, saya akan guna consignment note yang RM6 tu, if lebih dari 1KG, saya akan guna account. Jimatttt..


3. Untuk barang bawah 500g, kadang2 saya guna poslaju je sbb kos postage dia still  RM6 which tak over dari budget dan kos yang saya kenakan pada customer. Actually customer ni kadang2 cuma familiar dengan poslaju. Bila saya cakap saya guna airpak, mesti ada yg akan tanya, apa tu? airpak? tak pernah dengar pun? hehehe.. so kalau yg ringan2 tu guna poslaju je lah supaya tak ada pertanyaan lanjut.
edit : kos poslaju as today 26/4/2017 ialah RM7.15 untuk 500gram ke bawah.


4. Untuk postage ke Sabah dan Sarawak, saya tak guna airpak sebab caj dia mahal. Bukan mahal sikit tapi mahal banyak. So saya akan guna poslaju. Tapi depends pada berat juga. Kalau berat below 1KG saya akan guna poslaju, kalau berat more than 1KG saya akan guna E-PARCEL atau DOMESTIK. Charge dia 1KG = RM10, 2KG = RM13. No GST charge. E-PARCEL ni bukan poslaju ye, ia adalah POS MALAYSIA. Borang E-PARCEL boleh ambil di pejabat pos Malaysia. Kalau nak post barang kena pegi pejabat pos. E-PARCEL akan ambil masa minimum 7 hari untuk barang tu sampai pada customer. Kalau customer tak sanggup tunggu, minta customer bayar caj postage lebih la iaitu 1KG = RM14.58, 2KG = RM15.18. POSLAJU ambil masa 3 hari bekerja.


5. Mungkin lepas ni saya akan buka akaun dengan poslaju juga untuk menjimatkan masa dan tenaga yang mana, poslaju sendiri yang akan datang ke tempat kita untuk collect barang. No extra charges. Tapi nak buka akaun dengan poslaju kena ada deposit RM500-RM1000 depends pada tempat. So lepas ni maybe akan guna poslaju untuk barang yang kecik2 tu. Yang more than 500g tu guna airpak la macam biasa. Nanti lepas saya dah open account dengan poslaju, saya bagi review yee..


Well, tu je lah sedikit sebanyak tips yang saya nak kongsi. Terima kasih sebab sudi membaca. :)


MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...