Wednesday, November 19, 2014

:: Doa Memperbanyakkan Susu Ibu ::

Assalamualaikum.

Ada tak mommies kat luar sana menghadapi masalah susu badan kurang. Boleh stress jadinya bila susu badan kurang kan.

Sebenarnya banyak juga makanan yang boleh menjadi milk booster tetapi bergantung kepada kesesuaian seseorang. Ada orang yang makan sekian-sekian makanan, susu jadi melimpah ruah dan ada yang biasa-biasa je susu. Yang penting mesti makan dan jangan bagi perut lapar.

Antara milkbooster yang boleh diamalkan :
1- Kurma
2- Halba - boleh bancuh susu gunakan air rendaman halba
3- Sawi hijau
4- Lobak putih
5- Makanan bersup
6- Air laici
7- Susu
8- Buah longan
9- Milo
10- Soya

Perlu diingatkan, keberkesanan milbooster ni bergantung pada individu. Yang penting kena lah try dan error ye. 

Minum air masak secukupnya
Bagi ibu yg bekerja, wajib untuk kerap pam susu

Selain tu, ikhtiar dari segi rohani pun perlu. Jom saya kongsikan antara doa dan zikir untuk memperbanyakkan susu ibu.


1. Amalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurang-kurangnya selama 2 tahun.



Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya,maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


2. Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

3. Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

4. Baca doa untuk para ibu, " Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

5. Amalkan ayat dari surah Ar-ad, ayat 8-9,



Selamat mengamalkannya dan semoga ibu-ibu semua dikurniakan rezeki susu yang banyak untuk permata hati ibu-ibu semua. 

9 comments:

  1. Nice sharing.. sbb tgh cari tips banyakan susu gak nie.. malam je anak mengamuk macm tak cukup susu.. kena pam standby.. minum dr botol cepat kenyang sket.. huhu

    ReplyDelete
  2. Saya ank da 4 org. Still xcukup susu. Xtahu mn silapnya. Semua tips, positive circle, breastfeed group saya join utk dptkan ilmu penyusuan dan pastikan hati dan minda sntiasa positive. Tp bila susu sikit jugak. Saya redho. Rezki allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  3. Saya ank da 4 org. Still xcukup susu. Xtahu mn silapnya. Semua tips, positive circle, breastfeed group saya join utk dptkan ilmu penyusuan dan pastikan hati dan minda sntiasa positive. Tp bila susu sikit jugak. Saya redho. Rezki allah yg tentukan.

    ReplyDelete
  4. Tq ye..mohon share

    ReplyDelete
  5. Saya Saran join Asiah Maharam coach breast feeding

    ReplyDelete
  6. salam..
    dah jadi mak2 baru faham kenapa boleh jadi stress kalau susu xckup kn hehe..lg stress lagila susu xklua..tp sy usaha cari milkbooster smpai jumpa yang berkesan..alhamdulillah lepastu dah takde mslh susu kurang..happy je rase..yg penting mindset kene slalu positif.kene slalu yakin Allah akan cukupkan susu utk anak, rezeki anak insyaAllah. :)

    jemput follow blog sy.
    https://ninafarhanawm.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ibu2 semua,
    Alhamdulillah..saya ada 4 org anak dan saya mengalami masalah susu bdn yg kurang. Paling byk saya boleh perah adalah 90ml jer. Itu pun saya mmg dah bersyukur sgt2 walau sy tahu tak cukup utk baby. Kalau ibu2 boleh share milkbooster apa yg bagus selain daripada Doa2 yg wajib diamalkab oleh ibu2

    ReplyDelete
  8. Salam.. thanks share info doa ni , boleh amalkan..baru saya tahu yg kurma boleh banyakkan susu sbb sebelum ni hanya dgr je org cerita minum air masak byk je .. tulah dgr org cerita yg susu susah nak keluar kesian baby lapar.. mcm2 dugaan dia, ada la org recommend suruh guna Pump It Milkbooster ingatkan supplement rupanya sapu2 jee , utk masalah nipple crack pun ada..Alhamdulilah boleh cuba :)

    ReplyDelete

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...