Monday, June 30, 2014

Meraikan yang tersayang : Arabian House Restaurant

Assalamualaikum..

Setelah beberapa hari berlalu, hari ni baru berkesempatan nak menulis entry ni. Ceritanya Jumaat lepas, suami dapat berita gembira untuk jadi pemangku J44. Alhamdulillah. Rezeki baby. Banyak betul yang kitorang dapat lepas je tahu pregnant. First, lepas beberapa minggu dapat tahu yang saya pregnant, saya dapat kerja part time tutor di UPM. Kemudiannya bila contract dah nak hampir habis (cuti semester), tiba-tiba dapat tawaran kerja as IT System Trainer kat office sekarang. Syukur sangat Ya Allah. Banyak sangat yang Allah bagi pada kami. Dan sekarang suami pulak yang dapat berita gembira. Congratulations sayang..:)


So lepas balik keje, sebagai meraikan kejayaan suami, saya ajak suami makan. Suami suggest makan dekat restoran arab dekat Taman Putra Kajang. Katanya dia pernah makan kat situ masa farewell officemate dia. Nasi sedap dan harga boleh tahan. Restaurant tu dekat je dengan rumah kami.


Restaurant ni rasanya baru lagi, cantik dan bersih. Masa kami sampai tu, tak adalah ramai sangat orang jadi order pun cepat. Antara yang kami order ialah :



Mandy Chicken Rice RM12



Mandy Lamb Rice RM20 | Vegie Salad RM6.50 | Ice Lemon Tea RM4

Mandy Lamb Rice tu memang favourite suami. Kambing lembut dan sedap. Yang bestnya nasinya berempah, lembut dan taklah terlampau banyak sangat kuantiti nasi untuk sepinggan. Jadi saya dapat habiskan semua nasi dan mengelakkan pembaziran. :)

Sup pulak adalah sup tomato dan rasa dia memang special. Yang saya paling suka ialah vegie salad. Entah seasoning apa dia letak tapi memang best.


Untuk air pulak, saya dan suami order ice lemon tea. Air favourite setiap kali makan nasi arab. Dulu pernah order air yogurt tapi terlampau masam. Tekak tak boleh terima. So start dari hari tu, saya order ice lemon tea je kalau makan nasi arab.



Suami yang sedang menjamu selera..:)


Total semua RM46.50. Wow memang berbaloi kan untuk sebuah restaurant yang ala-ala restaurant mewah, sedap dan selesa pulak tu. So kalau korang semua nak try nasi arab yang best, boleh lah datang sini. Banyak lagi menu menarik lain dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk restaurant ni saya bagi markah 9/10 ye...heheheh.. Lepas ni, bolehlah pergi lagi kalau ada rezeki lebih..

Kalau tak tahu kat mana, taip je kat waze korang Arabian House Restaurant.


Ni alamatnya:



Arabian House Restaurant,
1-G, Jalan Putra 5,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor.


Untuk suamiku tersayang, congratulations. I am so proud of you. Keep up the great work, honey. I love you so much.

Friday, June 27, 2014

Wordless Friday

Assalamualaikum...

Plan saya hari ni nak blogwalking cari idea untuk menu masakan Ramadhan ni. Niat di hati nak masak setiap hari kalau larat. Kalau tak larat pun, masak sikit2 dan beli lah lauk dan kuih sikit2 kat bazar buat tambah lauk.

Tapi dari pagi tak tahulah duk buat apa, langsung tak buka blog favourite saya aziejaya.blogspot untuk tengok menu masakan Ramadhan.

Pukul 12.30, officemate ajak pegi Bangi Gateway untuk beli telekung. Dah sampai bangi, jalan pulak jammed teruk. So kitaorang pun melencong ke Warta Bangi. Wah, meriah dengan segala booth2 baju raya. Memang syok betul tengok baju raya. Macam dah nak dekat raya je... Eh eh lusa dah puasa lah..

Tapi, saya jalan2 cuci mata je. Masa rehat singkat je, jadi sempat jalan kejap je. Sempat beli air zamzam je sebotol kecik. Ibu mengandung kan elok minum air zamzam. Lela beli madu dan Fae dapatlah telekung yang diidam2kannya..hehehe..




Balik office agak lewat sikit sebab jalan jammed gila. Sikit je ye. Kitaorang staff yang berdisiplin ye..hehehe..

So sampai petang pun angan2 tinggal angan2 je.. Tak buka langsung blog tu.... 

Hurmmm sambung kat rumah je lah blogwalking. Tu pun kalau rajin.

Okay, jom balik...


Monday, June 23, 2014

Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee Sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar kurang dari seminggu lagi nak puasa kan. Ramai yang dah buat persediaan untuk Ramadhan. Kebanyakkannya baju raya pun dah ready kan kan kan kan.

Tak apa, yang penting puasa kena cukup sebulan, kecuali kalau ada sebab yang membenarkan untuk berbuka…

Bagi yang nak kekalkan kesihatan sepanjang Ramadhan, tentu dah ready dengan supplement2 tertentu kan. Saya pula, tentulah Shaklee jadi pilihan. Yang paling penting ESP Shaklee mesti ada disamping set hamil yang lain iaitu Ostematrix, B Complex, Vita-Lea, Omega Guard dan Vitamin C. Kandungan dah masuk 7 bulan, jadi saya memang kena betul2 buat persediaan untuk Ramadhan kali ni. Kalau boleh tak nak skip puasa tapi dalam masa yang sama kesian kat baby kat dalam ni dan takut diri sendiri tak larat.

Tapi Insya’Allah dengan rangkaian supplement dari Shaklee, saya boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Insya’Allah.

Sebelum ni dah cerita tentang SET MIGHTY 3 GEMS untuk persediaan Ramadhan kan?

Kali ni saya nak kongsikan jadual pengambilan supplement sepanjang Ramadhan nanti. 

Waktu Sahur:  
  1. Makan nasi atau apa-apa juadah sahur.
  2. Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.   
  3. Tambahkan minuman Performance Drink, ESP atau Mealshake. 
  4. Makan 3 biji Alfalfa (untuk detoksifikasi)  
  5. Makan 2 biji Lecithin (untuk kurus)


Waktu Berbuka: 

  1. Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal didahului dengan kurma.
  2. Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik) 
  3. Makan 2 biji ALFALFA (untuk detoksifikasi)
  4. Makan 2 biji Lecithin (untuk kurus)


Sebelum Tidur:

  1. Minum segelas ESP 
  2. Makan vitamin lain iaitu Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix.


**Jarakkan pengambilan Vita-Lea dan Ostematrix 

**Untuk bancuhan minuman Performance Drink dan ESP, hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink ke dalam 250 ml air. Kepekatan ikut selera dan kesesuaian masing2.Nak rasa lebih oren, boleh letak Performance Drink lebih sikit. Pastikan tiada melebihi sukatan harian. 

Mudah je kan aturan pengambilan vitamin di bulan Ramadhan nanti. Kalau rasa susah nak ingat, boleh tulis dan tampal guna magnet kat peti ais tuuu..hehehe.. Jadual ini cuma cadangan dan ianya adalah flexible. Anda boleh mengubahnya mengikut keserasian masing2 tapi sebagai permulaan, boleh cuba jadual ni dulu.

Mungkin juga ada di antara anda yang mengambil supplement selain dari yang disebutkan di atas. Tak mengapa, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang cara pengambilan vitamin tersebut sepanjang Ramadhan.

Mari kita berpuasa dengan hati gembira. Bila hati gembira, ibadat lain pun dapat dilakukan dengan selesa.

Untuk konsultasi percuma dan harga menarik, hubungi saya segera.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email: norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
SID No : 1090328
COD: Bangi - Kajang - Serdang - Putrajaya - Klang - Kemaman

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

“The greatest wealth is Health.”


Wednesday, June 18, 2014

Evening Primprose Oil untuk wanita

EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO sangat bagus untuk kulit dan hormon. Bagi wanita yang menjaga kesihatan dalaman dan luaran, dah tentunya akan consume EPO.

Yelah umur dah meningkat, kulit pun dah tak remaja macam dulu, jadi tak nak bagi kulit kusam dan kering, kita pun consume EPO.

Kenapa EPO ini sangat bagus?
Ini kerana EPO ini mengandungi asid lemak perlu iaitu Linoleik(LA) dan Asid Gamma-linolenik(GLA) yang penting untuk fungsi tubuh.

Tapi tahukah anda ada product yang lebih baik untuk menggantikan EPO? 

Ianya adalah GLA Complex.
Kenapa GLA Complex lebih bagus dari EPO?

Ini kerana asid lemak perlu iaitu Linoleik(LA) dan Asid Gamma-linolenik(GLA) dah siap2 diekstrak dari EPO. Jadi kandungan GLA lebih tinggi di dalam GLA Complex berbanding dengan EPO.

Ia juga mengandungi Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E yang bagus untuk kulit.

Malah ia adalah dari sumber semulajadi tanpa bahan sintetik dan semestinya halal.





Jadi apa lagi, nak kulit lembut cantik muda remaja, jom kita sama2 amalkan GLA Complex. Ia juga bagus untuk menghilangkan jerawat. Bagi yang mempunyai masalah period tak teratur pun bagus amalkan GLA Complex sebab ia menstabilkan hormon. Jangan pandang remeh pada period tak teratur ye...


Untuk yang selalu senggugut atau mengalami PMS sewaktu 'period', sangat bagus mengamalkan GLA Complex sebab boleh mengurangkan kesakitan yang dialami. Lagipun tak bagus selalu amalkan pain killer sebab ia akan bagi kesan jangkamasa panjang yang tak bagus untuk tubuh badan kita.

Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kebaikan GLA Complex ni. Nanti saya post entry lain ya..:)


Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Tuesday, June 17, 2014

TESTIMONI VITAMIN C

Hai hai

JOM SCROLL DOWN TENGOK TESTIMONI VITAMIN C NI.

















Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"


Vitamin C yang super awesome

Assalamualaikum semua..

Pernah dengar kan Chewable Vita C Plus Shaklee?


Nak tahu tak kenapa ramai orang suka Chewable Vita C Plus Shaklee ni?

Sebab khasiatnya sama macam Vitamin C Sustained Release. Maksudnya Chewable Vita C Plus ni pun merupakan antioksidan yang sangat bagus untuk tubuh.

Apa itu anti-oksidan? Nak tahu, boleh baca kat sini ye.

Vitamin C Chewable ni juga rasanya masam-masam macam buah oren dan boleh dikemam macam gula-gula. Ada yang terus kunyah macam gula-gula. Ha kannnn, memang best. Kalau budak2 memang sukalah dengan vitamin C Chewable ni. Sedap dan berkhasiat, bagus untuk system imun kanak2. Bukan kanak2 je boleh mengamalkan vitamin c chewable ni, orang dewasa pun boleh ye.

Satu tablet Vitamin C Chewable mengandungi 100mg dan kandungan dosnya sangat sesuai untuk kanak2.

Okay, kat sini saya nak share khasiat dan kelebihan vitamin C Chewable Shaklee yang ada antaranya setara dengan kelebihan vitamin c Sustained Release.

Antaranya ialah :

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan


Menariknya, manfaat vitamin c dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil. 

Rasa oren semulajadi Chewable Vitamin C Shaklee ni sangatlah sedap ye.



Nak tengok testimoni Chewable Vitamin C Shaklee, boleh klik disini.

Banyakkan manfaat Chewable Vitamin C Shaklee ni. Jadi sangatlah rugi kalau tak dapatkan untuk anak2 dan seisi keluarga. Satu botol Cuma berharga RM37.50 sahaja dan mengandungi 90 tablet. WOW murah berbaloi2.


Untuk pertanyaan lanjut dan pesanan, boleh segera hubungi saya. Atau boleh isi FORM ORDER SHAKLEE kat sebelah kiri tu. Tinggalkan contact number supaya saya boleh hubungi anda semula.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Monday, June 16, 2014

SELSEMA, SELAWAT SYIFA' DAN VITAMIN C

Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni sihat untuk pergi kerja. Cuma saya nak cerita tentang semalam.


Bangun pagi semalam okay lagi, cuma hidung ni rasa macam sok sek sok sek dah sampaikan suami tegur 'nangis ke?'...hehe... Bila masuk tengah hari, kepala berat, selsema makin teruk.


Tapi saya tabahkan jugak hati buat kerja rumah sebab esoknya dah nak kerja kan. Semalam tak masak, tapau lauk kat keluar je. Suami pula keluar service kereta saya, (sayangnya suami kat i kannnn)...;p


Bila dah malam memang sangat tak larat. Nak makan ubat tak boleh sebab pregnant. Dan dalam hati risau jugak kalau esok demam, sebab kalau boleh tak nak cuti mula2 kerja ni dan risau kat baby kalau ibunya tak sihat. So, saya tawakkal telan 2 biji vitamin C sebelum tidur. Harap2 esoknya kurang sikit selsema dan demam. Tak lupa jugak 2 biji Ostematrix sebelum tidur sebab ibu mengandung kan perlu kalsium. 


Masa nak tidur, baby bukan main aktif lagi. Saya boleh senyum je dalam hati. Senyum bahagia...:)


Dan pagi tadi bangun tidur, hidung agak pedih sikit tapi alhamdulillah dah tak selsema. Kepala pun dah kurang sakitnya.


Dengan izin Allah, badan dah sihat dan dapat pergi kerja hari ni...


Bagi sesiapa yang tak tahu, vitamin C ni selain bagus untuk kulit muka, ia juga bagus untuk meningkatkan sistem imun di mana ia akan :


  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  • Mengukuhkan sistem imun
  • Meningkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma
  • Mengurangkan simptom selsema

Amalkan vitamin C setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik. Tapi, bila rasa macam nak demam atau selsema tu, naikkan sikit dos kepada 2 biji. 

Satu lagi amalan waktu sakit, jangan lupa amalkan selawat syifa atau zikir penawar. Selawat Syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.



Amalkan lah selalu, insya'allah berkurangan sakit yang dialami. Ni antara zikir yang paling saya suka...:)

Itu aje nak cerita tentang semalam. Hari ni pergi kerja dengan senang hati sebab kereta dah super tip top after service.. Thanks to hubby, susah payah untuk isteri tercinta...

Dan senang hati juga sebab selsema dah baik..





Friday, June 13, 2014

PERSEDIAAN RAMADHAN DENGAN SHAKLEE

Salam nisfu Syaaban untuk semua. Sedar  tak sedar lagi 15 hari nak puasa kan. Alhamdulillah Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Bulan yang ramai orang nantikan sebab pahala kebaikan berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni kan.

Dah ready ke nak puasa ni? Kalau belum, jomlah kita buat apa yang patut. Nak berpuasa sebulan perlu ada persediaan mental dan fizikal juga. Terutama yang selalu terkena gastrik, ibu-ibu mengandung dan ibu yang menyusukan bayi.

Ibu yang menyusukan anak pula tentu risau jika pengeluaran susu merundum dan badan jadi tak bermaya. Begitu juga dengan ibu yang sedang sarat hamil tentu risau badan tak bermaya.

Kalau yang ada gastrik tu mesti tengah berkira2 macam mana nak tahan puasa nanti kan. Tak makan pagi pun dah rasa sakit perut, apatah lagi kalau seharian tak makan. Bertambah-tambah lah sakit perutnya kan. Tapi, jangan pula jadikan gastric sebagai alasan tak nak puasa. No no no no no okay.

Sebab apa, Shaklee ada SET MIGHTY 3 GEMS untuk menjaga kesihatan secara optimum sepanjang bulan ramadhan nanti. Nak tahu apa dia SET MIGHTY 3 GEMS tu?



Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla), Mealshake (perasa French Vanilla)  dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:

·     Ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
·     Membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati! Sangat sesuai bagi yang menghidapi gastrik
·     Gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Meal Shakes

Meal Shakes ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting


·      Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
·      Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!
Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini?

·        Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
·         Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
·         Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar


************************************************************************************************

Bonus:
Mighty 3 Gem ini juga sesuai untuk diberikan kepada suami dan anak-anak (lebih-lebih lagi yang baru hendak belajar berpuasa pasti letih kan).

Jadi sekiranya anda membeli set ini sebenarnya anda juga memberikan yang terbaik buat keluarga anda!

Jom dapatkan SET MIGHTY 3 GEMS ini. Untuk konsultasi percuma dan harga menarik, hubungi saya segera.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email: norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
SID No : 1090328
COD: Bangi - Kajang - Serdang - Putrajaya - Klang - Kemaman

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

“The greatest wealth is Health.”


MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...