Tuesday, July 28, 2015

Restoran Zee Zee Cafe & Catering

Assalamualaikum.

Lama tak update blog kan. Busy sangat. hihi. Ni baru lepas balik lunch dengan encik suami. Sebenarnya nak luahkan kekecewaan selepas lunch dekat kedai asam pedas Prima Saujana ni. Nama kedainya Restoran Zee Zee Cafe & Catering. 

Mula2 plan nak makan kat Cafe La' Asqa tapi tutup pulak. (Chicken chop dia sedap tau!! Cafe ni wife boss kite yang punya)... So, kitorang pun melilau lah cari kedai makan. Tiba2 lalu depan restoran ni. Macam menarik sebab ada asam pedas. Saya ni memang suka asam pedas. So kitorang decide nak makan kat sini.



Kedainya tak de lah havoc mana pun, sama macam kedai makan masakan panas lain kan. So suami order nasi kukus, saya order asam pedas ikan merah, air durian belanda dan teh o ais. Dalam hati duk fikir harap2 sedap macam asam pedas bangi. Saya bajet harga paling2 pun RM15 kan semangkuk lebih kurang macam Asam Pedas Bangi. 

Mula2 sampai air durian belanda, saya dah kata dalam hati, first time dapat air durian belanda yg just letak hirisan buah durian belanda je dalam air, pastu letak gula dan kordial. Eh, biasanya air durian belanda yang saya minum diblend dulu. ok takpe mungkin saya silap sebab tak tanya dulu durian belanda tu blend ke tak.

Lepas tu sampai asam pedas. Jujur lah saya cakap memang tak sedap sangat. Kuah tak pekat macam Asam Pedas Bangi dan rasa pun kurang sedap. Tapi saya diam je.




Dah siap makan pegi bayar kat kaunter. Terkejut makcik. Total RM58.. Haaa?? Biar betul. Pastu dia kata asam pedas ikan merah (ikan sepotong kecik je hokay!!) tu harga dia RM28 semangkuk. Aduh, geleng kepala makcik. Biasa saya makan dekat Asam Pedas Bangi one set sekali nasi tak sampai RM15 pun. Kedai dia jauh lebih selesa dari restoran ni. Hurmmmm... Silap saya juga tak tanya dulu harga before order. Takpe jadikan pengajaran.

Apa boleh buat, semua dah hadam pun. Bayar je lah. Suami diam je tapi saya memang tak boleh diam sebab rasa macam melampau2 harganya. Lepas ni tobat memang tak makan dah kat sini. 

Yang penting saya nak bagitau kedai ni mahal dan tak sedap.

Nak tahu kat mana kedai ni? Ni alamat dia.

Restoran Zee Zee Cafe & Catering
D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
Kajang, Selangor.

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...