Friday, December 15, 2017

Bercuti di Krabi PART 2

Assalamualaikum.
Setelah beberapa bulan berlalu, baru ler datang mood nak sambung cerita tentang Krabi. Hahaha punya lah busy kononnya.

Korang dah baca ke PART 1? Entry sana banyak tips tau. Hehehe.

Okay, so kita bersambung kembali cerita tentang Krabi ye. Harap-harap semua info di entry ni dapat bantu korang yang sedang bercadang nak bercuti di Krabi. Jangan lupa tinggalkan komen ya.

HARI KEDUA 9 APRIL 2017.

Kami bangun awal pagi, bersiap dan kemudiannya breakfast di bilik saja. Pakej hotel kami tak sekali dengan breakfast. Cuma bancuh air milo dan makan roti saja buat alas perut.

Gambar depan Hotel Marina



Hari ni kami buat free activity.
Lepas breakfast, kami sewa skuter untuk ke Pantai Aonang. Tempat sewa skuter ada banyak sangat dekat area hotel. Saya sewa skuter yang dekat sebelah hotel je. Sewa skuter sehari 200 Baht je. Murah kan. Tapi minyak sana mahal. Lepas dah sewa skuter, terus kena pegi isi minyak. Suami saya isi minyak 2 liter dengan harga 80 baht. Ce try convert ke RM.. heehhehe.






Ni gambar lepas isi minyak skuter. Jangan lupa pakai helmet untuk keselamatan.

Lepas isi minyak, terus ke Pantai Aonang. Wah memang meriah tau kat sini. Tapi Pantai Aonang ni tarikan dia cuma gerai-gerai dan deretan kedai lah. Pantai Aonang langsung tak cantik. hehehe. Suasana di Pantai Aonang ni lebih kurang macam di Pantai Chenang di Langkawi. Ramai tourist, banyak deretan kedai cenderahati, restoran, dan banyak hotel-hotel di sekitarnya. Kami cuma lalu je di Pantai Aonang dan terus ke Pantai Nopharat.

Pantai Nopharat ni kiranya sebelah atau selepas Pantai Aonang. Pantai Nopharat lebih bersih dan lebih cantik. Ada jugak saya nampak orang mandi manda kat pantai ni. Tapi kami tak mandi lah. Kami cuma picnic aje kat pantai ni. Beli makanan dan duduk di bangku tepi pantai. Best sangat sebab anginnya sejuk walaupun masa tu cuaca panas terik.






Tikar tu orang gerai tu offer pinjamkan. Baik betul dorang ni.







Makanan kat thailand ni sedap-sedap tau. Terutama tom yam. Still tak boleh move on lagi masih teringat sedapnya tom yam kat sana. Heheheh

Lepas dah siap makan, kami decide untuk jalan-jalan sekitar Pantai Aonang untuk cari pakej island hopping dan beli souvenir. Kami park skuter di Pantai Aonang dan jalan kaki je di sekitar kawasan tu.

Agak susah juga nak cari pakej island hopping yang murah. Semuanya macam harga standard je. Penat jugak survey. Suami kata, ambik je pakej mana-mana sebab macam dah give up. Tapi saya still tanya-tanya lagi kut dapat yang murah.

Oh ya, pakej island hopping ada banyak tau sebab Krabi ada banyak pulau dan pantai yang cantik. Okay saya cerita sikit ya tentang pakej island hopping yang available.

Antaranya :
1. Pakej Phi Phi Island. (1600 baht + 400 baht marine park)
    Pakej ni akan cover Maya Bay, Bamboo Island, Viking Cave, Phi Phi Island dan Pileh Bay
2. Pakej 4 Island.
    Pakej ni akan cover 4 pulau iaitu Poda Island, Tup Island, Phranang Beach dan Chicken Island.
3. Pakej Hong Island.
    Pakej ni akan cover Hong Island, Daeng Island, Hong's Lagoon dan Lading Island

Pilihan saya tentulah pakej phi phi island sebab masa saya baca review, very recommended untuk ke phi phi island. Tapi kalau korang ada bajet lebih dan masa lebih, boleh pergi ke semua pakej tu.

Harga Pakej Phi phi island 1600 baht tak termasuk Marine park fee 400 baht. So total 2000 baht. Ni harga di pamphlet.

Saya survey harga, rata-rata bagi harga 1300 baht paling murah. Kalau dua orang dah jadi 2600 baht kan. Tapi akhirnya dapat satu tempat 1100 baht per person included Marine Park fee. Okay, yang ni paling murah. Actually tour ni memang yang last dah saya nak tanya sebab penat sangat dah. Adam pun dah meragam. Nasib baik dia bagi murah after nego. 1100 x 2 = 2200 baht instead of 2600 baht. So jimat lah 400 baht. Happy sangat dapat harga murah.

Ke phi phi island wajib naik speed boat sebab jarak dia jauh dari aonang. Kalau pakej island hopping lain boleh pilih sama ada long tail boat atau speed boat. Of course long tail boat lebih murah.

Masa tengah bayar tu jumpa pulak dengan orang dari malaysia yang kami jumpa masa di airport krabi semalam yang duk main cak cak dengan adam tu. Hehehe. Dorang pun tengah survey pakej island hopping juga. So saya terus suruh dorang ambik pakej macam saya. hehehe.

Pakej ni termasuk :
1. hotel transfer
2. buffet lunch di pulau
3. accident insurans
4. english speaking guide
5. mask and snorkel
6. life jacket
7. fruit dan mineral water.

Barang-barang yang kena bawa dan recommended:
1. Tuala Mandi
2. Baju persalinan untuk anak kecik. Untuk korang yang dah besar tak payah ler. Untuk anak ni penting sebab takut dorang tak selesa bila basah-basah.
3. Pampers anak.
4. Sunglasses. Silauuu
5. Camera. Wajib ada. Saya guna kamera phone je.
6. Sunscreen. Jangan lupa pakai before keluar hotel. Panas tau kat sana.
7. Handphone casing yang kalis air tu. Yelah nanti sambil korang snorkeling, mesti nak snap gambar kan.
8. Makanan kudap-kudap untuk anak dan air. Sebab dorang mudah lapar kan.
9. Waterproof bag untuk letak sekian banyak barang yang saya senaraikan tu. Saya beli waterproof bag  ni kat pantai aonang je harga 250 baht.
10. Life jacket if ada anak kecil bawah 3 tahun sbb tour tu sediakan jacket yang agak besar. Tak sesuai untuk adam yang kecik molek tu. Jadi kami beli di pantai aonang juga 300 baht.

Okay, sudah settle bab island hopping. Tak sempat nak beli souvenir apa-apa pun sebab badan dah penat. masa tu dah jam 2 petang. Adam pun dah macam nak meragam.





Dah mula tunjukkan tanda-tanda nak meragam tu.


Rehat dulu sambil minum coconut shake. Penat jalan-jalan.

Upah aiskrim kat dia. hehe

Seronok lah tu dapat ais krim.

Suasana sekitar Pantai Aonang

MC D pun ada tapi not recommeded sebab tiada tanda halal












Tuesday, April 25, 2017

Bercuti Di Krabi Part 1

Alhamdulillah.

Baru balik dari Krabi 2 minggu lepas.
Semangat berkobar-kobar untuk buat entry tentang percutian ke Krabi kali ni supaya boleh berkongsi dengan korang semua.



TIKET FLIGHT DAN PENGINAPAN


Saya dah booking tiket dan penginapan ke Krabi sejak November 2016 lagi. Saya ke Krabi pada 8 april - 11 april 2017. 4 hari 3 malam. Tu pun rasa tak puas lagi. Tapi tak boleh cuti lama-lama, kang bos mencari pulak. Hehehe.

Nak tahu tak berapa kos tiket dan penginapan saya dapat?

TOTAL RM1005 untuk tiket air asia Krabi return dan penginapan 4 hari 3 malam di Hotel Marina Express Fisherman, Aonang, Krabi. Hotel ni memang sangat best. Nanti saya review ya.
(RM1005 tak termasuk insurans flight dan insurans perjalanan. dua-dua ni penting tau)

Ini harga tiket untuk saya, suami dan anak umur 2 tahun 8 bulan. Untuk pengetahuan semua, kanak-kanak 2 tahun ke atas harga tiket dah macam dewasa ya.






Tapi untuk kos-kos lain nanti saya tunjukkan di entry lain.

Bagi saya harga tiket dan hotel memang berbaloi sangat. Tak mahal sangat kan. Kalau korang boleh dapat lagi murah dari ni, lagi bagus. hehehe


TIPS TIPS YANG PENTING

Waktu yang terbaik nak pergi krabi ialah dari bulan NOVEMBER - APRIL.
Jangan pergi bulan MEI hingga OKTOBER, nanti hujan je sepanjang masa. Kang melepas pulak nak pegi island hopping. Masa saya pegi baru ni pun malam pertama hujan renyai-renyai. Nasib baik siang hari sunny je. Boleh ler pegi island hopping.

Untuk penginapan pula, disyorkan stay di hotel area aonang sebab berdekatan pantai dan lebih meriah sikit. Kalau bandar krabi, jauh dari pantai dan tak ada menarik pun kat situ.
Kalau nak pilih hotel yang bagus, kena tengok dulu review orang berkenaan hotel tu.
Saya pilih hotel Marina Express Fisherman sebab saya tengok review semua bagus, bilik cantik dan bersih dan hotel ni bersebelahan dengan masjid. Kata orang, mudah nak cari makanan halal kat situ dan ada deretan kedai yang jual souvenir murah.
Hotel ni lebih kurang 1.5 km dari pantai. So tak da lah bising sangat dan sesuai bila ada anak kecil ni.
Jauh ke nak ke Pantai Aonang? Tak jauh pun. Boleh jalan kaki je.

Jangan lupa tukar duit dulu.
RM dorang tak layan kat sana.
Masa saya pergi ni, ringgit tengah jatuh.
100 baht = RM13.78. Mahal gila weh.
Suami saya pergi tukar RM1003++ dapat lah 800 baht. Cukup ke 800 baht ni. Cukup je kalau tak melalut ke lain.. HAHAHHA. Tapi masa hari last tu kami tambah tukar kat sana jugak sebab terlebih bajet pulak. hehehe

Ada satu lagi yang penting iaitu pengangkutan dari Airport Krabi ke hotel/tempat penginapan.
Yang ni memang saya booking awal-awal dari malaysia. Korang boleh booking kat sini ya https://krabishuttle.com/. Trusted and very recommended.
Boleh bayar by credit card masa booking atau pay on arrival.
Kelebihannya korang tak perlu dah tercari-cari pengangkutan dari airport ke krabi.

Antara pengangkutan yang disediakan ialah :
1. kereta standard sedan - 4 penumpang - 599 baht
2. Luxury SUV - 4 penumpang - 750 baht
3. Standard minibus - 8 penumpang - 750 baht
4. Family minibus - 10 penumpang - 850 baht

Korang pilih lah mana korang nak. As for me yang 3 beranak ni kami pilih kereta standard saja.
Option lain untuk ke Aonang adalah boleh naik bas - harga 150 baht per person. Tapi kalau ada anak kecil dan luggage besar, dinasihatkan untuk naik private car sebab bas dorang ni macam bas lompat-lompat kat Malaysia lah. Ambil masa sampai 2 jam nak sampai. Lama tu.


Sebelum pegi ke Krabi, sila google dulu maklumat berkaitan.
Thanks to bloggers yang rajin memberi info.
So saya pun dah siapkan itinerary untuk ke krabi.
Suami saya ikut saja apa perancangan saya asalkan teratur.


SO, HERE WE GO. Ni dia cerita perjalanan kami ya.
HARI PERTAMA 8 APRIL 2016.

Hari keberangkatan tu kami bertolak dari rumah (Kajang) pukul 11 pagi.
Terus ke Putrajaya Central untuk parking kereta. Sebabnya parking overnight di sini lebih murah dari di KLIA. Total parking untuk 3 malam 4 hari adalah RM20 sahaja.

Kami ambil train(KLIA EXPRESS) dari Putrajaya Central ke KLIA.
Tiket untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak adalah RM26.

So ni first experience untuk adam. Bayangkan di setiap stesen dia nak turun. Terpaksa explain, kita belum sampai lagi ni sayang. Nasib baik dia behave jugak.


Ni masa dalam train.

Kami sampai di KLIA agak awal dalam lebih kurang 1.30 pm.

TIPS : Pastikan korang sampai ke KLIA tu 2 atau 3 jam lebih awal untuk elakkkan kekelamkabutan. Lagipun KLIA tu besar sangat. Nak pegi ke balai pelepasan punyalah jauh dan lama. Penat kaki jalan.. haha

So flight kami pada 8 April pukul 4.15 pm waktu Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 25 minit saja.
Tak sempat nak tido pun. Duk melayan anak teruna je.
Masa mula-mula naik flight, adam menangis sikit. Menangis takut. Muka dia memang tunjukkan dia takut. Saya pulak rasa kesian. Lepas dipujuk, baru okay. Dan lepas tu, dia dah buat flight macam umah sendiri dah. hehe. Dikeluarkan semua mainan dia.


Nampak tak dia excited main mainan dia tu.







So kami sampai ke Krabi International Airport pada pukul 4.40 PM waktu Thailand. Kalau waktu Malaysia 5.40 PM lah. Dorang awal sejam dari malaysia. Oh ya, nanti dalam flight, Flight Attendand ada bagi satu borang. Lupa pulak nama apa borang tu. Nanti korang isi siap-siap dalam flight. Tak lah kelam kabut sangat bila dah sampai. Dekat address tu korang isi nama hotel yang korang stay ye. Jangan tinggal kosong. Kang nanti kena marah dengan imigresen Thai. Hehehe.. Ni saya baca kat blog lain lah. So I took the advice. Isi siap-siap. Dah sampai airport krabi, tinggal beratur je.

Tapi Airport Krabi ni kecil je. Dan masa sampai tu, punya lah ramai beratur dekat imigresen. Lama gila nak tunggu turn kami lepas. Sabor je lah. Adam dah la jenis yang aktif lompat sana sini. Mengah jugaklah ibu nak mengejar dia.

Krabi Airport. Adam duk main cak cak dengan orang belakang.



So sampai je kat Krabi Airport, dah ada driver siap-siap tunggu kitorang siap pegang lagi sign nama 'KHAIRIL AZIM'. Suami saya lah tu. Hehehe. But before that, ada orang memanggil-manggil pulak suruh beli simcard. Hehehe. So saya beli simcard tapi lupa nama apa. Harga 199 bath. Pakej internet untuk 7 hari. Mestilah kena ada internet kan. Kalau tak camna nak live update. Hehehe.

Perjalanan dari Krabi airport ke Hotel Marina Express ambil masa lebih kurang 40 minit. Marina Express terletak di Pantai Aonang. Hotel ni bersebelahan masjid aonang je tau.


Kami sampai ke hotel lebih kurang 6.30 petang tapi keadaan dah agak gelap di sana.
Masa check in tu, just bagi slip booking hotel dan passport je.
Staff hotel Marina ni bagus-bagus. Baik-baik je.









See, cantik gila kan deko bilik dia. Siap ada anak gajah lagi atas katil. Sampai je kami terus mandi dan berehat.
Tapi si adam ni pulak pegi tumpahkan air milo atas katil.
Saya terus call front desk untuk tukarkan cadar. Nasib baik dorang okay dan terus datang tukarkan cadar.

Lepas solat margrib, kami plan nak sewa skuter dan jalan-jalan sekitar aonang untuk cari pakej island hopping, tapi hujan pulak. So kami rehat dulu di hotel. Adam pun sempatlah tido. Penat sangat agaknya tu.






Lebih kurang 9 malam baru hujan berhenti. Kami terus siap-siap untuk keluar. Sebelum tu sempat snap-snap dulu gambar. Hehehe.

Disebabkan dah lewat, kami tak jadi sewa skuter dan tak jadi ke pantai aonang. Kami jalan-jalan berdekatan dengan hotel je dan cari gerai untuk makan. So kami singgah makan di Bangboo Halal Seafood. Restoran ni depan hotel je. Harga boleh tahan mahal tapi kena consider lah kan sebab ni kawasan tourist.




Yang saya ingat semangkuk tomyam harga 165 baht. Cuba korang convert ke ringgit malaysia. Hehehehe.. Saya makan apa saya pun dah lupa. Hehehe

Tentang makan jangan risau sebab berdekatan Hotel Marina ni sangat banyak restoran dan gerai makanan halal. Mungkin sebab berdekatan dengan masjid jadi sangat mudah untuk cari makanan halal.

Selepas makan, tak ada buat aktiviti apa-apa pun. Balik hotel terus rehat.
Okay bersambung part 2.



MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...