Thursday, December 10, 2020

Petua awet muda - Jus Epal Pegaga

Hai assalamualaikum. 

Uiii lamanya tak bersiaran kat blog ye. Dah bersawang pun. Penat nak buang sawang. Hehehehe..


Okay lah sebenarnya ena nak share petua mudah dan murah untuk sihat, kurus dan awet muda. 


Jus Epal Pegaga @ Jus Awet Muda. 


Bahan-bahan mudah je.


👉Segenggam ulam pegaga

👉Sebiji epal

👉Air masak secukupnya


Cuci bersih, potong kecil, masukkan dalam blender bersama air secukupnya. Blend sampai hancur. Bila dah siap tapis untuk asingkan serat. Sedia untuk diminum. 

Boleh tambah madu jika suka. Tapi ena suka minum kosong macam tu je sebab sedap. 


Jus ni sesuai diminum ketika atau selepas sarapan. 





Pegaga ni banyak khasiatnya tau. Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.


Antara khasiat lain Jus Epal Pegaga ialah :


👉 Penawar alahan

👉 Anti kanser

👉Mengurangkan tekanan darah tinggi

👉Melancarkan aliran darah terutama yang ada masalah haid dan wanita lepas bersalin

👉Merawat masalah keputihan dan gatal gatal

👉Meningkatkan daya ingatan. 

👉Bagus untuk kulit. 

👉Bagus untuk menurunkan berat badan. 

👉Bagi wanita baru bersalin juga bagus untuk memperbanyakkan air susu. 

👉Melawaskan air kencing. 


Banyak khasiat dia kan. Tak rugi cuba. Badan sihat, kulit cantik. Bonusnya langsing 🤭


#doktorjamu

#tipssuzyhoney

#petuasuzyhoney

#suzyhoneykajang

#suzyhoneybangi

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...