Friday, November 28, 2014

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan (EBM)



CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk

2. FROZEN EBM - susu ibu beku

3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan)



CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1. Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Sebaiknya dicairkan sehari sebelum EBM hendak digunakan kerana frozen ebm yang dicairkan boleh tahan sehingga 24 jam sahaja. Sekiranya tak habis, mesti dibuang.

2. Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman. Atau boleh letakkan dalam bekas berisi air dan letak di bahagian chiller.

3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.

4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Ini bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.

5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip


NOTA PENTING :

~FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan

~FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan

~CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam selepas dipanaskan

~EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula



CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

1. Ambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

2. Panaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

3. {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.

4. Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.

5. Titikkan sedikit susu ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.



Nota PENTING :

Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam. Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molekul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.

Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave .



TEMPOH HAYAT SUSU IBU

~FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULAN

~FROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULAN

~FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJA

~CHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER UNTUK DIJADIKAN STOK BEKU





Pureen Stock Clearance Promotion



Hai just nak info, minggu ni Pureen ada buat stock clearance lagi  - 29 NOV - 30 NOV 2014.. Silalah pergi ye kalau ada niat nak cari barang baby. Mommies to be pon digalakkan pergi stock clearance ni. Super murah I tell u... Tapi datang awal pagi yeh sebab bila dah tengah hari confirm sesak. 

Eh, kalau dah semua datang pagi confirm pagi pun sesak.. hihi... Ikut korang lah bila nak pegi ye, janji saya dah bagitau tarikhnya bile..hihihi

Ni details venue & date of the event..

Date: 29 - 30 November 2014 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
(GPS Coordinates 3.09305, 101.56458)

Please "Like" & "Share" this info with your friends ... 



Wednesday, November 19, 2014

:: Doa Memperbanyakkan Susu Ibu ::

Assalamualaikum.

Ada tak mommies kat luar sana menghadapi masalah susu badan kurang. Boleh stress jadinya bila susu badan kurang kan.

Sebenarnya banyak juga makanan yang boleh menjadi milk booster tetapi bergantung kepada kesesuaian seseorang. Ada orang yang makan sekian-sekian makanan, susu jadi melimpah ruah dan ada yang biasa-biasa je susu. Yang penting mesti makan dan jangan bagi perut lapar.

Antara milkbooster yang boleh diamalkan :
1- Kurma
2- Halba - boleh bancuh susu gunakan air rendaman halba
3- Sawi hijau
4- Lobak putih
5- Makanan bersup
6- Air laici
7- Susu
8- Buah longan
9- Milo
10- Soya

Perlu diingatkan, keberkesanan milbooster ni bergantung pada individu. Yang penting kena lah try dan error ye. 

Minum air masak secukupnya
Bagi ibu yg bekerja, wajib untuk kerap pam susu

Selain tu, ikhtiar dari segi rohani pun perlu. Jom saya kongsikan antara doa dan zikir untuk memperbanyakkan susu ibu.


1. Amalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurang-kurangnya selama 2 tahun.



Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya,maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


2. Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) sebanyak 70x setiap hari. Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

3. Berselawat dan berdoa setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

4. Baca doa untuk para ibu, " Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

5. Amalkan ayat dari surah Ar-ad, ayat 8-9,



Selamat mengamalkannya dan semoga ibu-ibu semua dikurniakan rezeki susu yang banyak untuk permata hati ibu-ibu semua. 

Thursday, October 23, 2014

Ada apa dengan ESP Shaklee sehingga semua orang selalu berkata tentangnya?

Ada apa dengan ESP Shaklee sehingga ramai yang ingin mencubanya?

Ada apa dengan ESP Shaklee sehingga menjadi HOT SELLING / BEST SELLER dalam banyak2 produk shaklee?

Haaa, cuba teka ada apa dengan ESP Shaklee... Hebat sangat ke ESP Shaklee ni? Ingin tahu kenapa ESP Shaklee jadi pilihan ramai?

Kalau nak tahu, teruskan membaca entry ni.


Fakta tentang ESP yang anda perlu tahu :

  • Sumber protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Rendah lemak, tanpa kolestrol
  • Diproses pada kadar suhu rendah untuk menjaga kualiti protein yang tinggi
  • 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
  • Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
  • Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan


Kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee


  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan pun berkurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP memudarkan parut jerawat, buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. 

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah.

  • Untuk individu yang sering mengalami gastrik : ESP membekalkan protein dan nutrien yang secukupnya, jadi boleh mengelakkan gastrik.

  • Untuk pesakit kencing manis : ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa. 

  • Untuk sesiapa saja yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran : menyokong sistem imunisasi badan, menyokong kesihatan jantung, membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang..

Tu antara kebaikan dan khasiat ESP Shaklee. Cara nak minum mudah je. campurkan sesudu besar  ESP dengan air masak atau air kegemaran anda. Ambil 3 sudu besar je sehari. Mudah je kan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ESP Shaklee dan merasai khasiat dan kebaikannya.

Macam mana nak dapatkan Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui cara di bawah ni.

Harga istimewa dari saya untuk pelanggan yang disayangi semua.

Ketahui juga promosi2 hebat produk shaklee dari semasa ke semasa.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : instashop_enna
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Thursday, September 11, 2014

Hospital Pilihan Untuk Bersalin

Assalamualaikum semua.

Hai, lamanya blog tak berupdate. Terlampau busy mungkin dengan kerja.

Beberapa minggu kebelakangan ni pun busy survey2 hospital untuk bersalin. Memang ada banyak pilihan sekitar kajang dan bangi sama ada private atau government. Actually memang tak kisah kat mana2 tapi kadang2 bila tengok review tentang layanan hospital gov ni timbul jugak rasa takut... Banyak yang kata facilities kurang, layanan kurang memuaskan dan keadaan wad yang agak crowded... Tapi tak kurang jugak yang bagi review yang bagus tentang hospital government ni..

Jadi, saya masukkan juga hospital government dalam list hospital pilihan untuk bersalin. Antara yang jadi pilihan ialah :

1. Hospital Kajang (gov)
2. Hospital Serdang (gov)
3. KPJ Kajang (private)
4. KPMC Kajang (private)
5. Hospital Islam Az-Zahrah (private)


Hospital Kajang

Mula-mula bercadang nak bersalin dekat government je. Sebab salah satunya adalah tak costing sangat. Tapi awal2 lagi terpaksa reject Hospital Kajang sebab suami tak boleh teman dalam Labour Room (LR) dan dengar ceritanya LR dan wad agak crowded.

Hospital Serdang

Pastu saya pun berkira2 nak bersalin di Hospital Serdang sebab suami boleh teman dalam LR. First class pun baru RM800. Kira berbaloi jugak kan.

Disebabkan alamat tempat tinggal saya di Kajang, jadi hospital serdang pun boleh terima kes saya. Tapi bila review lagi, ramai yang cakap, kalau sakit sikit2 dan jalan tak buka lagi biasanya staff nurse kat hospital serdang akan suruh balik je sbb LR terlampau crowded. Bila dah betul2 rasa nak bersalin, baru pegi hospital. Alamak, kita mana lah tau cmne rasa betul2 nak bersalin sebab dah nama pun first baby kan.

So bila bincang2 balik dengan suami, dia pun decide untuk saya bersalin dekat private hospital. Tapi masa tu saya masih lagi berkira2 nak bersalin dekat government memandangkan kos bersalin dekat private agak tinggi jugak untuk bersalin normal. Bersalin normal pulak ada kos sampingan kalau tambah vaccum, forsep atau epidural. Semuanya akan jadi plus2. Tu kalau bersalin normal, katalah tak de rezeki untuk bersalin normal(yelah, kita anak first jadi tak tahu apa masalah kita waktu bersalin kan), caj akan jadi lain.

Caesarian confirm 6k++ depends on the private hospital. So masa tu saya pun pujuk suami supaya bersalin di Serdang je. Tapi suami memang dah decide untuk saya bersalin di KPJ Kajang dengan Dr Rasliza. Lagipun memang sebelum ni sy ada check up dengan Dr Rasliza beberapa kali.

KPJ Kajang




But then, something happened with staff nurse Dr Rasliza. Malas nak cerita panjang, yang saya boleh ringkaskan, staff nurse Dr Rasliza tak mesra alam. Saya tak ada mood nak pergi check up bila tengok muka yang tak senyum...hurmmmm

Tapi, saya ada jugak survey package bersalin di KPJ Kajang.

Maternity Packages KPJ Kajang (normal delivery):

1. 4 bedded room RM2088.
2. 2 bedded room RM2318.
3. 1 bedded room RM2588.

Package included :

  • 2 days 1 night stay
  • consultation fees
  • nursery care
  • first newborn immunization (Hepatitis B, BCG, Vitamin K)
  • Screening - G6PD, Blood group, thyroid stimulating hormone


extra charge for optional procedures:

  • Forsep RM350
  • Vaccum RM550
  • Epidural RM700-RM800


Caesarian RM6000++

For me, package bersalin di KPJ Kajang quite expensive. Dan bila difikir2 dengan layanan yang diterima, saya memang nekad untuk keluarkan KPJ Kajang from my list.

More info about KPJ Maternity Packages, click here http://kpjkajang.com/promotion-detail.php?id=23

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)




So saya teruskan pencarian untuk bersalin. Dari review yang saya baca, hospital ni bagus sebab semua kakitangan dan doc adalah perempuan. Lagipun, ayat-ayat quran sentiasa dipasang dalam bilik wad. Doktor pakar kat sana pun bagus. HIAZ ada sediakan package Al-Kautsar yang berharga RM1388.

Pakej Bersalin Al-Kautsar RM1388

Package included:

  • Bilik 2 hari 1 malam
  • Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Test, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP B)
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar
  • Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
  • 4 bedded room


Terma dan syarat:

  • Kelahiran normal
  • Pemeriksaan Antenatal sekurang2nya 2 kali dengan Ginekologi dan Obstetrik pakar
  • Bayaran pendahuluan sebanyak RM300 untuk setiap tempahan
  • Caj tambahan untuk prosedur khas seperti Vacuum, Forcep atau Epidural.


Kelebihan:

Gym - percuma satu sesi sauna
Spa - 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

More info about HIAZ Maternity Packages click here http://azzahrah.my/my/package.php

Tapi, unfortunately memang tak boleh bersalin dekat Az-zahra dengan package Al-Kautsar sebab dorang request check up 2 kali dengan pakar dorang. Saya dah 38 weeks dan memang tak sempat nk check up dah. Kalau tak check up dengan pakar kena guna pakej normal and the starting price is RM2500++ tak termasuk lain2 caj yang boleh mencecah sehingga 4k jugak. Itu yang nurse tu cakap masa saya call Az-Zahra sebelum ni.

So, Az-zahra pun keluar dari list ye.

KPMC Kajang




Maka saya pun meneruskan pencarian dan mula baca review tentang KPMC Kajang. Setakat yang saya baca semua okay dan bagi feedback yang bagus. Jadi saya pun call KPMC untuk tanya tentang Pakej Bersalin KPMC Kajang.

Pakej bersalin KPMC Kajang (berkuatkuasa 1 Januari 2014)

1. 3 bedded room - RM1290
2. 2 bedded room - RM1490 (not available, tgh renovate)
3. single standard room - RM1650 (not available, tgh renovate)
4. single deluxe room - RM1750 (bilik besar sikit berbanding single standard dan ada sofa L shape)
5. single family room - RM1950 (lebih besar dari dr single deluxe dgn tambahan peti ais)
6. VIP room - RM2150 (besar macam bilik hotel dan ada queen bed. Sesuai lah untuk yang dah ada anak dan nak bermalam dengan family dekat wad)

*see, 4 bedded room dekat KPJ boleh dapat VIP room dekat KPMC...;p

Package included:

  • Bilik 2 hari 1 malam
  • Pemeriksaan bayi oleh pakar kanak-kanak
  • Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD, TSH & suntikan wajib ( vit k, bcg, hep B)
  • Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.


Extra charges for optional precedures :

  • Breech RM250
  • Vaccum RM250
  • Forceps RM200
  • Twin RM400
  • Epidural RM900


Caesarian RM5500 - RM6500

More info about KPMC Maternity Packages click here  http://kpmc.com.my/Pakej/pakej_bersalin_edisi_2014.pdf

Menurut staff nurse yang attend my call tu, saya kena jumpa doc pakar dulu untuk check keadaan kesihatan saya dan kandungan sama ada berisiko atau tak memandangkan saya tak pernah pegi check up dekat kpmc dan dorang tak de rekod saya.

KPMC Kajang ada tiga doc sakit puan. Dua daripadanya iaitu Prof Dr Jamil dan Dr Anita adalah pakar sakit puan. Manakala Dr Mimi pulak medical officer but still in Obstetrics & Gynaecology field. Prof Dr Jamil pulak adalah Pengarah eksekutif KPMC. Disebabkan saya memang nak bersalin dengan doc perempuan, so saya pilih Dr Anita atau Dr Mimi. Tapi Dr Anita sangat sibuk dengan appointment patient lain sehingga 20hb ni. Yang available cuma Dr Mimi. So nurse tu suruh saya setkan appointment dengan Dr Mimi.

Lepas dah letak phone, saya terus call bagitahu suami tentang KPMC. Suami pesan, balik dari kerja teruslah singgah KPMC untuk set appointment dengan DR Mimi. So balik dari kerja Jumaat lepas, saya terus singgh KPMC. Kebetulan KPMC memang letaknya dalam perjalanan pergi balik kerja. Lepas tanya sedikit sebanyak dengan nurse dekat kaunter pendaftaran, maka saya pun dapatlah tarikh appointment pada Isnin 7 Sept 9 pagi.

Esoknya iaitu sabtu, suami ajak pegi KPMC untuk tengok keadaan bilik wad kat sana. Kami request je dekat kaunter pendaftaran untuk tengok bilik. Nurse tu cakap, kalau tak ada orang, boleh tengok2. Kami pun melilau-lilau dekat tingkat 2 dan 3 tengok bilik. So far semua okay, bilik not bad dan nurse pun baik2 je layan kami. Mula-mula kami nak ambil bilik single standard je. Tapi, disebabkan bilik tu sedang renovate jadi kami decide untuk tukar kepada single deluxe room. Bilik taklah luas sangat tapi bersih dan ada sofa L shape. Bolehlah suami tido kat sofa tu nanti kan..hehe.. Okay, dah abis bab survey bilik.

Ni nak cerita tentang my first check up dengan Dr Mimi. Pegi dengan suami. Ambil tekanan darah, timbang berat, check urine. Kemudian jumpa Dr Mimi. kata Dr Mimi, so far kandungan tak ada masalah apa2, cuma disebabkan kandungan saya dah masuk 38 minggu, dia kena rujuk saya pada pakar jugak sama ada Prof Dr Jamil atau Dr Anita untuk tengok keadaan kandungan saya . Ini memang prosedur KPMC melainkan kalau dari awal kandungan lagi memang dah check up dengan Dr. Mimi. Lepas tu terpulang pada saya nak pilih doc mana untuk sambut baby. Of course saya nak pilih doc perempuan.

Dr mimi setkan appointment saya pada Isnin depan 15 sept  dengan Dr Anita. Kalau masa tu saya tak bersalin lagi, saya kena jumpa Dr Anita lah. Kami ikut je apa2 yang terbaik untuk saya dan baby. Since dah decide nak bersalin kat mana, Dr Mimi kata saya dah tak perlu pergi check up dekat klinik kesihatan Sg. Chua. Just inform dorang bila dah bersalin.

Okay, alhamdulillah semua dah selesai. Kalau tak sebelum ni punyalah runsing tak tahu nak bersalin kat mana. Kita tengok je lah apa keputusan lepas jumpa Dr Anita nanti ye.

So hospital bersalin dah decide, barang keperluan dah beli, pakaian dan barang keperluan nak ke hospital pun dah packing. I am all set and ready. Tunggu baby je nak bagi tanda-tanda nak keluar..

Apapun semoga Allah permudahkan segala urusan. Memang dalam hati ni ada perasaan nervous dan takut tapi saya cuma mampu berdoa, selebihnya tawakkal pada Allah.

Insya'allah..


Thursday, August 7, 2014

Set Berpantang Shaklee Terbaik untuk ibu-ibu

Assalamualaikum

Ada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tercari-cari set berpantang terbaik?

Jom saya share tentang set berpantang Shaklee yang semakin menjadi pilihan ibu-ibu moden masa kini.



KENAPA ANDA PERLU MEMILIH SET BERPANTANG SHAKLEE?

• Selamat digunakan sebaik sahaja selepas bersalin sama ada secara normal atau      pembedahan
• Tiada kandungan jamu. Jadi, selamat digunakan jika anak terkena jaundis.
• Menyembuhkan luka dengan cepat.
• Mengembalikan tenaga dan juga kecergasan.
• Amat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan anak.


Yang pastinya, set berpantang Shaklee ini berfungsi untuk

" PEMULIHAN + PENYUSUAN + KURUS + CANTIK "


Set berpantang Shaklee terdiri daripada:


B COMPLEX

  • Merupakan vitamin anti-stress (bila tak stress, susu pun banyakk ye)
  • Mengelakkan meroyan
  • Membantu menstabilkan hormone


VITAMIN C

  • Meningkatkan antibody
  • Mengelakkan selsema dan jangkitan
  • Memperbaiki tisu sel yang rosak semasa bersalin
  • Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks


VITA-LEA

  • Multivitamin yang mencukupkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan
  • Membekalkan tenaga
  • Untuk pembentukan sel darah merah


ZINC COMPLEX

  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan
  • Mengelakkan rambut gugur


Anda boleh menambah OSTEMATRIX dalam set berpantang yang berfungsi untuk:

  • Sumber kalsium
  • Mengelakkan sembelit
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu menghilangkan kebas kaki/tangan, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan


Bagi ibu-ibu yang berhajat untuk menyusukan anak boleh tambah ALFALFA dan ESP ke dalam set berpantang kerana vitamin-vitamin ini boleh merangsang pengeluaran susu ibu dan memekatkan susu ibu.

ALFALFA

  • Meransang pengeluaran susu ibu
  • Sebagai agen detoks untuk mengeluarkan segala toksin dalam badan


ESP

  • Sebagai sumber protein
  • Memekatkan susu ibu
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Menghasilkan sel kulit baru yang sihat sekaligus menjadikan kulit ibu dan bayi cantik, halus dan gebu.



Jom berpantang dengan sihat dan bertenaga dengan Shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa dan konsultasi percuma.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Tuesday, August 5, 2014

Pengalaman Hamil Terindah - Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum.

Anak adalah anugerah terindah dan tidak ternilai. Saat yang paling indah ialah bila dapat tahu kita mengandung, terutama untuk ibu-ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. Perasaan gembira,teruja dan terharu bercampur baur sehingga menitiskan air mata. Macam tu lah gayanya saya bila dapat tahu dah pregnant, 8 bulan yang lalu. Tambah-tambah lagi bila pernah keguguran dan menunggu hampir beberapa bulan juga untuk kandungan seterusnya. Masa tu suami selalu bagi nasihat supaya bersabar, mungkin belum waktunya lagi dan mungkin tak ada rezeki lagi. Tapi, bila dah sah positif mengandung, alangkah bersyukurnya. Nampak raut wajah suami yang gembira dan dia pun kata, ‘Allah tahu waktu yang terbaik untuk diberikan seorang cahaya mata pada kita’…

Bagi mereka yang baru menerima berita sedang berbadan dua, pasti akan tercari-cari makanan tambahan atau supplement yang terbaik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Yelah, siapa tak nak anak yang sihat kan. Lagi pula, waktu mengandung memang banyak dugaan terutama semasa awal kehamilan yang mana masa tu memang gigihlah ibu-ibu hamil sekalian mengalami morning sickness atau alahan.

Jadi saya nak berkongsi supplement untuk ibu hamil, 100% semulajadi dan selamat diambil oleh ibu hamil. Tentunya Shaklee pilihan terbaik.

Antara keperluan vitamin bagi ibu hamil ialah zat besi, asid folik, B kompleks, kalsium, magnesium, vitamin c dan protein dan untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian, supplement Shaklee menyediakan kesemua keperluan vitamin tersebut di dalam Set Kehamilan Shaklee.




Set Kehamilan Shaklee mengandungi nutrisi penting untuk ibu hamil. Ibu hamil memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang sebagai kunci untuk mendapatkan bayi yang sihat, susu yang banyak dan berkualiti serta badan yang kuat dan sihat semasa tempoh hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan ibu-ibu hamil berasa letih, lesu dan tidak bertenaga.



SET KEHAMILAN SHAKLEE terdiri daripada:

 B Complex

RM 53.75 / 120 Biji


  • Mengandungi biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
  • Penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dalam kandungan.
  • Membantu mengelakkan tekanan.
  • Menstabilkan emosi ibu.
  • Menyokong sistem saraf yang sihat untuk ibu dan bayi di dalam kandungan.


 Vita-Lea
RM 88.75 / 120 Biji


  • Merupakan multi-vitamin yang lengkap dengan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk penghasilan darah yang cukup, mengelakkan anemia dan masalah hb rendah. Maklumat lanjut tentang hb rendah, boleh rujuk disini ye.
  • Menampung kekurangan vitamin dan mineral untuk tenaga dan kesihatan optimum.
  • Kekurangan zat besi boleh membuatkan ibu lemah, mudah pitam atau pengsan dan sentiasa kelihatan pucat .
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.


 ESP
RM 150 / 850 Gram

  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada ibu.
  • Menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu.
  • Membantu penghasilan susu badan.
  • Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan.
  • Mengurangkan risiko janin menjadi cacat.
  • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu enzim dan otot ibu dan bayi dalam kandungan.
  • Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah.

Vitamin C
RM 92.50 / 180 Biji

  • Sebagai antioksidan
  • Penghasilan kolagen – membina tulang rawan, otot-otot dan tulang-tulang fetus.
  • Sistem imun – membantu melawan jangkitan kuman dan penyakit
  • Membantu badan untuk menyerap zat besi


Ostematrix

RM 61.00 / 120 Biji

  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat bagi ibu dan bayi.
  • Mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan rasa kebas kaki/tangan serta kelesuan yang sering berlaku pada ibu hamil.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Menstabilkan denyutan jantung.
  • Mengurangkan risiko osteperosis kepada ibu.
  • Mengatasi masalah susu merundum selepas melahirkan anak.


Omega Guard

RM 136.00 / 90 Biji

  • Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk perkembangan otak bayi.
  • Kandungan Omega-3 di dalam omega guard pula diperlukan untuk penglihatan awal bayi.


Tempoh ketahanan Set Kehamilan ini pula adalah antara 1 bulan hingga 4 bulan. Kesemua supplement di atas disarankan untuk diambil sepanjang tempoh hamil dan juga boleh diambil selepas melahirkan atau dalam tempoh berpantang dengan penambahan beberapa supplement lain mengikut keperluan.

Harga yang ditunjukkan adalah harga pasaran. Nak harga lebih murah, anda boleh hubungi saya untuk mengetahui cara untuk mendapatkan harga istimewa.

Macam mana pula cara pengambilan vitamin di atas?
Untuk mengetahui cara pengambilan set kehamilan ini, anda boleh hubungi saya secara personal dan saya akan guide satu persatu tentang cara pengambilan dan beberapa tips penting.


Dapatkan Set Kehamilan Shaklee sekarang untuk menghadapi proses kehamilan yang lebih sihat. Hubungi saya segera untuk mendapatkan harga istimewa dan tips hebat.

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Friday, July 18, 2014

Agar agar milo lapis oreo percubaan ke 2

Assalamualaikum.

Hari tu buat agar agar milo lapis oreo tapi tak jadi sangat kan. So saya pun ubah step ikut kesesuaian dan tambah kuantiti agar agar atas permintaan suami yang suka sangat agar agar ni. Repeat order tuuuu..hehehe..
Dan ini lah hasilnya. 




Yang penting nampak layernya. Maybe lepas ni kalau buat, dapat lagi cantik kut.. Kalau nak cuba, resepinya kat SINI ye...


Monday, July 14, 2014

Senarai keperluan bayi baru lahir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke-30. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Bila dah masuk minggu ke 30 ni memang semakin banyak lah persiapan yang nak dibuat. Persiapan untuk anak dan ibunya sekali. Masa ni jugaklah nak fikir nak bersalin kat mana, kos bersalin, cuti bersalin, produk untuk berpantang, penyusuan bayi dan masa ni jugaklah setiap hari terasa nervous nak bersalin. Almaklumlah anak pertama. Excited dan nervous tu sama banyak. Apapun saya selalu doa moga Allah permudahkan segalanya.

Alhamdulillah untuk keperluan baby, dah hampir 80% ready. Saya mula beli barang baby dari usia kandungan 4 bulan lagi. Beli ansur2 orang cakap.. hehehehe 

Sekarang saya nak listkan keperluan bayi baru lahir yang 99.99% semuanya adalah keperluan dan memang wajib beli. Pada siapa2 yang bakal menimang cahaya mata, bolehlah gunakan list ni sebagai rujukan. Saya categorizedkan kepada beberapa kategori. List ni pun saya siapkan atas nasihat suami sebab katanya senang nak buat rujukan bila nak beli barang. 

* yang dah highlight tu maksudnya dah settle..:)

PAKAIAN

1. Baju lengan panjang/pendek
2. Seluar panjang/pendek
3. Rompers - tak penting pun actually. tapi saya suka tengok sebab semuanya cute2..:)
4. Barut - my sis kata guna yang cousin2 je sebab banyak lagi
5. Sarung kaki/tangan - my sis kata guna yang cousin2 je sebab banyak sangat kat rumah
6. Kain bedung
7. Topi
8. Kain napkin

DIAPERING

1. Lampin pakai buang
2. Wet tissue
3. Changing mat

NURSERING

1. Selimut
2. Bedding set
3. Kelambu
4. Buaian 
5. Kain buaian
6. Bantal

BABY CARE & GROOMING

1. Bedak
2. Lotion
3. Baby oil
4. Tisu
5. Wet Tissue
6. Sikat
7. Cotton bud
8. Nail clipper
9. Nasal aspirator
10. Vicks
11. Minyak telon  
12. Cotton balls
13. Krim ruam
14. Bakul/beg barang grooming - macam kelakar je tapi saya rasa wajib ada. so tak sepah2.
15. Bekas bedak - tambah dalam list last minit sbb dah terbeli..hehe

BATHING

1. Tuala mandi
2. Besen mandi 
3. Shampoo
4. Shower
5. Bakul barang mandian

FEEDING

1. Breast pump - saya beli yg double pumping Spectra M1
2. Container untuk susu/milk storage
3. Botol susu
4. Berus pembersih botol
5. Nipple cream
6. Nursing pad washable
7. Nursing pad disposal
8. Puting
9. Nursing bra
10. Sabun khas untuk cuci botol
11. Vcool bag
12. Ice pack or ice brick

TRAVELLING

1. Beg baby
2. Infant carrier / Car seat - nenek hadiahkan

EXTRA

1. Penyangkut baju kecil (utk baju baby)
2. Bakul kain baby
3. Stroller - mungkin lepas pantang 
4. Detergen khas untuk cuci baju baby
5. Tungku baby

UNTUK IBU

1. Minyak kelapa dara - Tanamera
2. Set berpantang - sy suggest set berpantang SUZYHONEY
3. Nursing clothes
4. Kain batik
5. Stokin
6. Maternity pad
7. Air zam zam
8. Minyak selusuh
9. Minyak angin
10. Tungku 
11. Barut
12. Kerusi tangas

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan barang2 kat atas ni saya beli masa jualan gudang pureen kat Shah Alam. Harga memang super murah, so saya grab banyak2 terus. Oh ye, pampers tu pulak tersilap beli sebab bila saya google tentang pampers yang sesuai utk newborn, ramai yang kata basic pureen tak okay. So, saya dah jual kat mudah.my dan dah beli pampers baru jenama mamypoko. 




Hasil tangkapan masa Pureen Stock Clearance Promotion..;p



SET BERPANTANG

Untuk set berpantang pula, saya suggest untuk guna SET BERPANTANG SUZYHONEY dan beberapa vitamin SHAKLEE. Vitamin shaklee penting untuk ibu lepas bersalin sebab sekiranya baby masih ada kuning, ibu2 tak boleh consume sebarang jamu. So boleh makan vitamin shaklee untuk beri tenaga, tambahan vitamin dan juga membantu untuk baikkan luka jahitan.

Set Berpantang SHAKLEE 

1. Zinc Complex
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Vita-Lea
5. Ostematrix
6. ESP
7. Alfalfa
*boleh pilih mana yg perlu.

Set Berpantang SUZYHONEY 

1. Rebusan akar kayu
2. Set pemulihan - manjakani, kacip fatimah, buah kk
3. Teh Kacip Fatimah
4. Sabun Herba
5. Param - sapu diperut sebelum berbengkung
6. Pilis
7. Rebusan mewangi - untuk bertangas
8. Slimming oil
Rebusan Akar Kayu

Teh Kacip Fatimah
Set Pemulihan


Sabun Herba

PARAM

PILIS


REBUSAN MEWANGI






Panjang berjela-jela list kan. Yelah nak sambut orang baru katakan. Apapun hampir 80% dah settle so rasa macam lega sikit. Akhir bulan ni insya'Allah nak settlekan semua list ni supaya nanti bila dah dekat nak  bersalin, tak lah kelam kabut dan boleh bertenang menanti hari nak bersalin.. Nervousnyeeee...

So kepada mommies to be di luar sana yang sedang fikir2 untuk buat persiapan barang baby, boleh lah jadikan list ni sebagai rujukan. Dan penting bagi korang untuk buat persiapan awal sebabnya bila dah sarat mengandung, nanti tak larat pulak nak pergi shopping. Biarlah orang nak kata excited ke apa ke, yang penting tak lah kelam kabut di saat akhir. 

Okay, doakan semoga Allah permudahkan urusan saya sepanjang mengandung dan melahirkan..:)








MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...