Tuesday, April 25, 2017

Bercuti Di Krabi Part 1

Alhamdulillah.

Baru balik dari Krabi 2 minggu lepas.
Semangat berkobar-kobar untuk buat entry tentang percutian ke Krabi kali ni supaya boleh berkongsi dengan korang semua.



TIKET FLIGHT DAN PENGINAPAN


Saya dah booking tiket dan penginapan ke Krabi sejak November 2016 lagi. Saya ke Krabi pada 8 april - 11 april 2017. 4 hari 3 malam. Tu pun rasa tak puas lagi. Tapi tak boleh cuti lama-lama, kang bos mencari pulak. Hehehe.

Nak tahu tak berapa kos tiket dan penginapan saya dapat?

TOTAL RM1005 untuk tiket air asia Krabi return dan penginapan 4 hari 3 malam di Hotel Marina Express Fisherman, Aonang, Krabi. Hotel ni memang sangat best. Nanti saya review ya.
(RM1005 tak termasuk insurans flight dan insurans perjalanan. dua-dua ni penting tau)

Ini harga tiket untuk saya, suami dan anak umur 2 tahun 8 bulan. Untuk pengetahuan semua, kanak-kanak 2 tahun ke atas harga tiket dah macam dewasa ya.






Tapi untuk kos-kos lain nanti saya tunjukkan di entry lain.

Bagi saya harga tiket dan hotel memang berbaloi sangat. Tak mahal sangat kan. Kalau korang boleh dapat lagi murah dari ni, lagi bagus. hehehe


TIPS TIPS YANG PENTING

Waktu yang terbaik nak pergi krabi ialah dari bulan NOVEMBER - APRIL.
Jangan pergi bulan MEI hingga OKTOBER, nanti hujan je sepanjang masa. Kang melepas pulak nak pegi island hopping. Masa saya pegi baru ni pun malam pertama hujan renyai-renyai. Nasib baik siang hari sunny je. Boleh ler pegi island hopping.

Untuk penginapan pula, disyorkan stay di hotel area aonang sebab berdekatan pantai dan lebih meriah sikit. Kalau bandar krabi, jauh dari pantai dan tak ada menarik pun kat situ.
Kalau nak pilih hotel yang bagus, kena tengok dulu review orang berkenaan hotel tu.
Saya pilih hotel Marina Express Fisherman sebab saya tengok review semua bagus, bilik cantik dan bersih dan hotel ni bersebelahan dengan masjid. Kata orang, mudah nak cari makanan halal kat situ dan ada deretan kedai yang jual souvenir murah.
Hotel ni lebih kurang 1.5 km dari pantai. So tak da lah bising sangat dan sesuai bila ada anak kecil ni.
Jauh ke nak ke Pantai Aonang? Tak jauh pun. Boleh jalan kaki je.

Jangan lupa tukar duit dulu.
RM dorang tak layan kat sana.
Masa saya pergi ni, ringgit tengah jatuh.
100 baht = RM13.78. Mahal gila weh.
Suami saya pergi tukar RM1003++ dapat lah 800 baht. Cukup ke 800 baht ni. Cukup je kalau tak melalut ke lain.. HAHAHHA. Tapi masa hari last tu kami tambah tukar kat sana jugak sebab terlebih bajet pulak. hehehe

Ada satu lagi yang penting iaitu pengangkutan dari Airport Krabi ke hotel/tempat penginapan.
Yang ni memang saya booking awal-awal dari malaysia. Korang boleh booking kat sini ya https://krabishuttle.com/. Trusted and very recommended.
Boleh bayar by credit card masa booking atau pay on arrival.
Kelebihannya korang tak perlu dah tercari-cari pengangkutan dari airport ke krabi.

Antara pengangkutan yang disediakan ialah :
1. kereta standard sedan - 4 penumpang - 599 baht
2. Luxury SUV - 4 penumpang - 750 baht
3. Standard minibus - 8 penumpang - 750 baht
4. Family minibus - 10 penumpang - 850 baht

Korang pilih lah mana korang nak. As for me yang 3 beranak ni kami pilih kereta standard saja.
Option lain untuk ke Aonang adalah boleh naik bas - harga 150 baht per person. Tapi kalau ada anak kecil dan luggage besar, dinasihatkan untuk naik private car sebab bas dorang ni macam bas lompat-lompat kat Malaysia lah. Ambil masa sampai 2 jam nak sampai. Lama tu.


Sebelum pegi ke Krabi, sila google dulu maklumat berkaitan.
Thanks to bloggers yang rajin memberi info.
So saya pun dah siapkan itinerary untuk ke krabi.
Suami saya ikut saja apa perancangan saya asalkan teratur.


SO, HERE WE GO. Ni dia cerita perjalanan kami ya.
HARI PERTAMA 8 APRIL 2016.

Hari keberangkatan tu kami bertolak dari rumah (Kajang) pukul 11 pagi.
Terus ke Putrajaya Central untuk parking kereta. Sebabnya parking overnight di sini lebih murah dari di KLIA. Total parking untuk 3 malam 4 hari adalah RM20 sahaja.

Kami ambil train(KLIA EXPRESS) dari Putrajaya Central ke KLIA.
Tiket untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak adalah RM26.

So ni first experience untuk adam. Bayangkan di setiap stesen dia nak turun. Terpaksa explain, kita belum sampai lagi ni sayang. Nasib baik dia behave jugak.


Ni masa dalam train.

Kami sampai di KLIA agak awal dalam lebih kurang 1.30 pm.

TIPS : Pastikan korang sampai ke KLIA tu 2 atau 3 jam lebih awal untuk elakkkan kekelamkabutan. Lagipun KLIA tu besar sangat. Nak pegi ke balai pelepasan punyalah jauh dan lama. Penat kaki jalan.. haha

So flight kami pada 8 April pukul 4.15 pm waktu Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 1 jam 25 minit saja.
Tak sempat nak tido pun. Duk melayan anak teruna je.
Masa mula-mula naik flight, adam menangis sikit. Menangis takut. Muka dia memang tunjukkan dia takut. Saya pulak rasa kesian. Lepas dipujuk, baru okay. Dan lepas tu, dia dah buat flight macam umah sendiri dah. hehe. Dikeluarkan semua mainan dia.


Nampak tak dia excited main mainan dia tu.







So kami sampai ke Krabi International Airport pada pukul 4.40 PM waktu Thailand. Kalau waktu Malaysia 5.40 PM lah. Dorang awal sejam dari malaysia. Oh ya, nanti dalam flight, Flight Attendand ada bagi satu borang. Lupa pulak nama apa borang tu. Nanti korang isi siap-siap dalam flight. Tak lah kelam kabut sangat bila dah sampai. Dekat address tu korang isi nama hotel yang korang stay ye. Jangan tinggal kosong. Kang nanti kena marah dengan imigresen Thai. Hehehe.. Ni saya baca kat blog lain lah. So I took the advice. Isi siap-siap. Dah sampai airport krabi, tinggal beratur je.

Tapi Airport Krabi ni kecil je. Dan masa sampai tu, punya lah ramai beratur dekat imigresen. Lama gila nak tunggu turn kami lepas. Sabor je lah. Adam dah la jenis yang aktif lompat sana sini. Mengah jugaklah ibu nak mengejar dia.

Krabi Airport. Adam duk main cak cak dengan orang belakang.



So sampai je kat Krabi Airport, dah ada driver siap-siap tunggu kitorang siap pegang lagi sign nama 'KHAIRIL AZIM'. Suami saya lah tu. Hehehe. But before that, ada orang memanggil-manggil pulak suruh beli simcard. Hehehe. So saya beli simcard tapi lupa nama apa. Harga 199 bath. Pakej internet untuk 7 hari. Mestilah kena ada internet kan. Kalau tak camna nak live update. Hehehe.

Perjalanan dari Krabi airport ke Hotel Marina Express ambil masa lebih kurang 40 minit. Marina Express terletak di Pantai Aonang. Hotel ni bersebelahan masjid aonang je tau.


Kami sampai ke hotel lebih kurang 6.30 petang tapi keadaan dah agak gelap di sana.
Masa check in tu, just bagi slip booking hotel dan passport je.
Staff hotel Marina ni bagus-bagus. Baik-baik je.









See, cantik gila kan deko bilik dia. Siap ada anak gajah lagi atas katil. Sampai je kami terus mandi dan berehat.
Tapi si adam ni pulak pegi tumpahkan air milo atas katil.
Saya terus call front desk untuk tukarkan cadar. Nasib baik dorang okay dan terus datang tukarkan cadar.

Lepas solat margrib, kami plan nak sewa skuter dan jalan-jalan sekitar aonang untuk cari pakej island hopping, tapi hujan pulak. So kami rehat dulu di hotel. Adam pun sempatlah tido. Penat sangat agaknya tu.






Lebih kurang 9 malam baru hujan berhenti. Kami terus siap-siap untuk keluar. Sebelum tu sempat snap-snap dulu gambar. Hehehe.

Disebabkan dah lewat, kami tak jadi sewa skuter dan tak jadi ke pantai aonang. Kami jalan-jalan berdekatan dengan hotel je dan cari gerai untuk makan. So kami singgah makan di Bangboo Halal Seafood. Restoran ni depan hotel je. Harga boleh tahan mahal tapi kena consider lah kan sebab ni kawasan tourist.




Yang saya ingat semangkuk tomyam harga 165 baht. Cuba korang convert ke ringgit malaysia. Hehehehe.. Saya makan apa saya pun dah lupa. Hehehe

Tentang makan jangan risau sebab berdekatan Hotel Marina ni sangat banyak restoran dan gerai makanan halal. Mungkin sebab berdekatan dengan masjid jadi sangat mudah untuk cari makanan halal.

Selepas makan, tak ada buat aktiviti apa-apa pun. Balik hotel terus rehat.
Okay bersambung part 2.



25 comments:

  1. THANKS TAU INFO NI..SY ANAK 4 ORG..HEHE HARAP DIORANG BAHAVE JE? SO KEMANA JE LAGI SELAIN PANTAI

    ReplyDelete
  2. nak tanya skit, jalan kaki dari Marina ni ke pantai Aonang brp minit ? petang ada pasar malam ke ? nak beli brg dekat hotel ke ? restaurant hotel halal ke ? tu saja

    muhammad b salleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasar mlm di pekan krabi. setiap jumaat sabtu ahad shj

      Delete
    2. Saya tak recommend ke pasar malam krabi sebab jauh dan susah nak cari makanan halal. Ada jual serangga goreng kat sana.. Ewww sampai skrg terbayang. Dan cenderahati sana mahal. Saya recommend beli cenderahati depan masjid aonang. Banyak deretan kedai muslim yg fasih berbahasa melayu kat sana. Senang tawar menawar dan memang kaw boleh murah.

      Marina ke aonang kalau jalan kaki dalam 10 minit dan diakui akan penat. Kalau ada anak, better sewa skuter sahaja sehari dalam 200 bath.

      Di pantai aonang pun ada banyak deretan kedai. Boleh juga jalan2 di sana.
      Nak cari pakej utk island tour atau apa2 aktiviti pun better cari di pantai aonang.

      Restoran halal banyak sangat kat sana especially yang berdekatan dengan masjid. Tapi makanan kat sana tak murah ye. Tp rasa normal lah kan tempat pelancongan.

      Delete
  3. Terima kasih, info sangat bermanfaat. Cuma tentang private car. Masa balik, awak booking tak kereta tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik pun booking kereta yang sama.. cuma driver dia tak friendly mana dan tak tahu cakap melayu. english pun kurang. so guna bahasa isyarat.. hehe

      Delete
  4. Sy nk pie bln 12 nie.....tngah dok survey hotel nie.area aonang...leh advice tak kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari hotel murah2 je. nti bkn duduk hotel sgt. balik pn nti basah2. cari hotel dekat www.sawadee.com

      Delete
    2. kalau yang single mingle tak ada anak kecik sesuai duk aonang sebab sana happening dan malam boleh jalan2. aonang ni lebih kurang mcm feringgi, penang dan pantai chenang langkawi lah suasana dia tu. tapi saya prefer area masjid aonang sebab cari makanan halal, tak crowded dan tak bising sbb saya ada anak kecik. mlm pun tak jalan sgt. dan yg best sbb setiap kali solat ada azan..

      Delete
  5. Dh setel hotel.. Cuma tngh pkir nk pie mane kat aonang nnti.. De tak org melagu yg buat pakej ke pulau

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej kat pulau better cari kat sana. boleh nego harga. mostly orang sana pandai cakap melayu. pastu try cari yang halal cth macam barracudas tour.

      Delete
    2. sedikit tips, kalau nak beli cenderamata, boleh pegi deret kedai depan masjid aonang. murah dan orang islam fasih berbahasa melayu yang menjual. saya silap langkah sebab pegi ke krabi market, setengah jam perjalanan naik van dari aonang. Dengan keadaan hujan, anak meragam dan bila sampai sana cenderahati semua mahal. dan makanan yang ada kt krabi market pun agak buat sy rasa loya. Ada serangga, cengkerik, lipas goreng jual cmtu je.. huhuhu... pastu susah nk cari makanan halal. Last2, saya balik tangan kosong je.

      Delete
  6. buat pengetahuan setiap hotel ada agen nak ke pualau, emerald pool atau naik gajah, guna aje agen di hotel , lebih mudah, tak pyh guna agen travel di sana... ke krabi free & easy lbh jimat belanja insyallah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. setiap hotel ada sediakan pakej. tapi kalau rasa nak nego dapat harga murah, boleh try cari pakej area aonang.. kena banyak tanya kat sana.

      Delete
  7. Salam sejahtera Tuan/Puan, semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki (aamiin).. Kami disini ingin menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Bandung/Jakarta/Jogja. Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta/Jogja dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :
    WhatsApp : +6282282222896
    WhatsApp : +6282214441280
    WhatsApp : +6282280000071
    Call : +6282280000071
    Call : +6282282222896
    Call : +6282214441280
    Email : dhanibandung@yahoo.com
    Blog : melancongdibandung.blogspot.com (Dhani Tour Bandung)
    Website : www.Dhanitourindonesia.com Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan.. Insya Allah kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang… Kami pun menyediakan paket Transport dan Hotel.
    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung/Jakarta/Jogja.
    Kami menyediakan pakej Transport dan Hotel, Pakej Full Board.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik Dhani Tour Bandung Transport… (Insya Allah) Jom mari melancong diBandung/Jakarta/Jogja Murah sahaja..
    Terimakasih

    ReplyDelete
  8. Hi nak tanya
    Breakfast include tak di hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak included. better cari sendiri breakfast kat luar. for muslim lah. sbb di hotel tak dijamin breakfast halal.

      Delete
  9. terima kasih akak for ther info... sangat manfaat .. saya akan ke sana bulan 4 /2019 ..

    ReplyDelete
  10. terima kasih akak for ther info... sangat manfaat .. saya akan ke sana bulan 4 /2019 ..

    ReplyDelete
  11. terima kasih akak for ther info... sangat manfaat .. saya akan ke sana bulan 4 /2019 ..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih berkongsi info. Sekarang memang mudah untuk bercuti di Krabi

    ReplyDelete
  13. https://vigourmarine.com.my/Daytrip-Snorkeling-6-points

    ReplyDelete
  14. salam. nak tanya hotel dia ikut per head ke? ke boleh masuk je macam kat Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sorry lambatnya reply. hotel saya booking dgn booking.com. Book bilik je bukan kira per head.

      Delete

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...