Friday, November 28, 2014

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan (EBM)



CARA PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

MAKSUD ISTILAH YANG DIGUNAKAN:

1. EBM - expressed breast milk

2. FROZEN EBM - susu ibu beku

3. CHILLED EBM - chilled expressed breast milk (susu yang hanya disimpan di dalam chiller / tidak dibekukan)



CARA MENCAIRKAN FROZEN EBM (SUSU BEKU) :

1. Pindahkan EBM dari freezer ke bahagian bawah peti ais (chiller) iaitu di tray paling atas. Cairkan mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Sebaiknya dicairkan sehari sebelum EBM hendak digunakan kerana frozen ebm yang dicairkan boleh tahan sehingga 24 jam sahaja. Sekiranya tak habis, mesti dibuang.

2. Biarkan ia mencair dengan sendirinya semalaman. Atau boleh letakkan dalam bekas berisi air dan letak di bahagian chiller.

3 Keesokkan harinya, sebaik bangun dari tidur check keadaan EBM yg ditransfer ke dalam chiller adakah masih beku atau telah cair sepenuhnya.

4 Jika telah mencair, tuangkan EBM ke dalam storage bottle mengikut sukatan untuk sekali minum (per feeding). Ini bagi memudahkan pengasuh agar boleh terus panaskan susu mengikut amount yg diperlukan oleh anak untuk sekali susuan.

5 Jika belum cair, rendam EBM tersebut ke dalam bekas berisi air paip atau alirkan di bawah paip


NOTA PENTING :

~FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 24jam selepas dicairkan

~FROZEN EBM perlu dihabiskan dalam tempoh sejam selepas dipanaskan

~CHILLED EBM perlu dihabiskan dalam tempoh 1-2 jam selepas dipanaskan

~EBM yang telah cair tidak boleh dibekukan semula



CARA MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

1. Ambil 1 botol dan letakkan ke dalam warmer (40 darjah celcius) atau rendam ke dalam air panas elakkan dari menggunakan air menggelegak kerana suhu yg terlalu tinggi boleh memusnahkan enzim, antibodi dan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

2. Panaskan EBM mengkiut amount yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

3. {Langkah ini tidak perlu bagi pengguna warmer} Jika susu masih belum cukup suam, tetapi air rendaman telah sejuk, salin air lain untuk memastikan susu dapat disuamkan dengan betul.

4. Jika didapati susu menjadi 2 lapisan (hindmilk dan foremilk terpisah) goyang perlahan-lahan (gentle swirl) untuk memastikan kedua2 komponen susu ibu tersebut bercampur dan suhu dapat diseratakan.

5. Titikkan sedikit susu ke tangan untuk merasa sama ada sudah cukup suam atau terlalu panas.



Nota PENTING :

Pastikan botol EBM yang diberi pada pengasuh diletakkan di rak paling atas dlm peti ais dan paling dalam. Jangan sesekali menggoncang susu ibu dengan kuat untuk menjaga rantaian molekul khas yg ada dalam susu ibu supaya tidak musnah.

Jangan sesekali memanaskan susu di atas dapur atau menggunakan microwave .



TEMPOH HAYAT SUSU IBU

~FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS 2 PINTU TAHAN 3 BULAN

~FROZEN EBM DALAM DEEP FREEZER TAHAN 6 BULAN

~FROZEN EBM DALAM FREEZER PETI AIS SATU PINTU TAHAN 2 MINGGU SAHAJA

~CHILLED EBM TAHAN 3-5 HARI JIKA TIDAK DIGUNAKAN PINDAHKAN KE DALAM FREEZER UNTUK DIJADIKAN STOK BEKU





1 comment:

  1. Thanks info..huu nk tnye klaw susu beku tercair disebabkan kesilapan pintu peti tak tertutup rapat dan susu telah cair separuh masih elok lagi ke untuk simpan?ke perlu dibuang saja?

    ReplyDelete

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...