Monday, July 14, 2014

Senarai keperluan bayi baru lahir

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kandungan dah masuk minggu ke-30. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Bila dah masuk minggu ke 30 ni memang semakin banyak lah persiapan yang nak dibuat. Persiapan untuk anak dan ibunya sekali. Masa ni jugaklah nak fikir nak bersalin kat mana, kos bersalin, cuti bersalin, produk untuk berpantang, penyusuan bayi dan masa ni jugaklah setiap hari terasa nervous nak bersalin. Almaklumlah anak pertama. Excited dan nervous tu sama banyak. Apapun saya selalu doa moga Allah permudahkan segalanya.

Alhamdulillah untuk keperluan baby, dah hampir 80% ready. Saya mula beli barang baby dari usia kandungan 4 bulan lagi. Beli ansur2 orang cakap.. hehehehe 

Sekarang saya nak listkan keperluan bayi baru lahir yang 99.99% semuanya adalah keperluan dan memang wajib beli. Pada siapa2 yang bakal menimang cahaya mata, bolehlah gunakan list ni sebagai rujukan. Saya categorizedkan kepada beberapa kategori. List ni pun saya siapkan atas nasihat suami sebab katanya senang nak buat rujukan bila nak beli barang. 

* yang dah highlight tu maksudnya dah settle..:)

PAKAIAN

1. Baju lengan panjang/pendek
2. Seluar panjang/pendek
3. Rompers - tak penting pun actually. tapi saya suka tengok sebab semuanya cute2..:)
4. Barut - my sis kata guna yang cousin2 je sebab banyak lagi
5. Sarung kaki/tangan - my sis kata guna yang cousin2 je sebab banyak sangat kat rumah
6. Kain bedung
7. Topi
8. Kain napkin

DIAPERING

1. Lampin pakai buang
2. Wet tissue
3. Changing mat

NURSERING

1. Selimut
2. Bedding set
3. Kelambu
4. Buaian 
5. Kain buaian
6. Bantal

BABY CARE & GROOMING

1. Bedak
2. Lotion
3. Baby oil
4. Tisu
5. Wet Tissue
6. Sikat
7. Cotton bud
8. Nail clipper
9. Nasal aspirator
10. Vicks
11. Minyak telon  
12. Cotton balls
13. Krim ruam
14. Bakul/beg barang grooming - macam kelakar je tapi saya rasa wajib ada. so tak sepah2.
15. Bekas bedak - tambah dalam list last minit sbb dah terbeli..hehe

BATHING

1. Tuala mandi
2. Besen mandi 
3. Shampoo
4. Shower
5. Bakul barang mandian

FEEDING

1. Breast pump - saya beli yg double pumping Spectra M1
2. Container untuk susu/milk storage
3. Botol susu
4. Berus pembersih botol
5. Nipple cream
6. Nursing pad washable
7. Nursing pad disposal
8. Puting
9. Nursing bra
10. Sabun khas untuk cuci botol
11. Vcool bag
12. Ice pack or ice brick

TRAVELLING

1. Beg baby
2. Infant carrier / Car seat - nenek hadiahkan

EXTRA

1. Penyangkut baju kecil (utk baju baby)
2. Bakul kain baby
3. Stroller - mungkin lepas pantang 
4. Detergen khas untuk cuci baju baby
5. Tungku baby

UNTUK IBU

1. Minyak kelapa dara - Tanamera
2. Set berpantang - sy suggest set berpantang SUZYHONEY
3. Nursing clothes
4. Kain batik
5. Stokin
6. Maternity pad
7. Air zam zam
8. Minyak selusuh
9. Minyak angin
10. Tungku 
11. Barut
12. Kerusi tangas

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan barang2 kat atas ni saya beli masa jualan gudang pureen kat Shah Alam. Harga memang super murah, so saya grab banyak2 terus. Oh ye, pampers tu pulak tersilap beli sebab bila saya google tentang pampers yang sesuai utk newborn, ramai yang kata basic pureen tak okay. So, saya dah jual kat mudah.my dan dah beli pampers baru jenama mamypoko. 




Hasil tangkapan masa Pureen Stock Clearance Promotion..;p



SET BERPANTANG

Untuk set berpantang pula, saya suggest untuk guna SET BERPANTANG SUZYHONEY dan beberapa vitamin SHAKLEE. Vitamin shaklee penting untuk ibu lepas bersalin sebab sekiranya baby masih ada kuning, ibu2 tak boleh consume sebarang jamu. So boleh makan vitamin shaklee untuk beri tenaga, tambahan vitamin dan juga membantu untuk baikkan luka jahitan.

Set Berpantang SHAKLEE 

1. Zinc Complex
2. B Complex
3. Vitamin C
4. Vita-Lea
5. Ostematrix
6. ESP
7. Alfalfa
*boleh pilih mana yg perlu.

Set Berpantang SUZYHONEY 

1. Rebusan akar kayu
2. Set pemulihan - manjakani, kacip fatimah, buah kk
3. Teh Kacip Fatimah
4. Sabun Herba
5. Param - sapu diperut sebelum berbengkung
6. Pilis
7. Rebusan mewangi - untuk bertangas
8. Slimming oil
Rebusan Akar Kayu

Teh Kacip Fatimah
Set Pemulihan


Sabun Herba

PARAM

PILIS


REBUSAN MEWANGI






Panjang berjela-jela list kan. Yelah nak sambut orang baru katakan. Apapun hampir 80% dah settle so rasa macam lega sikit. Akhir bulan ni insya'Allah nak settlekan semua list ni supaya nanti bila dah dekat nak  bersalin, tak lah kelam kabut dan boleh bertenang menanti hari nak bersalin.. Nervousnyeeee...

So kepada mommies to be di luar sana yang sedang fikir2 untuk buat persiapan barang baby, boleh lah jadikan list ni sebagai rujukan. Dan penting bagi korang untuk buat persiapan awal sebabnya bila dah sarat mengandung, nanti tak larat pulak nak pergi shopping. Biarlah orang nak kata excited ke apa ke, yang penting tak lah kelam kabut di saat akhir. 

Okay, doakan semoga Allah permudahkan urusan saya sepanjang mengandung dan melahirkan..:)








2 comments:

  1. salam... sy dah 35 weeks banyak lagi tak prepare ni... act pengalaman sy kat kpmc puchong, kajang so far orang kata ok... but tak tau la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..wah dah 35 weeks tu kire dah tak lama jugak tu.. beza 3 minggu dengan saya..hehe.. harap2 semuanya okay ye.. sbb sy first experience.. nervous jugak... tapi so far sy tgk review, kpmc kajang semua kata okay...:)

      by the way, boleh buat list ni as rujukan... :)

      Delete

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...