Tuesday, January 28, 2014

Merawat Migrain Dengan Shaklee

Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk anda.

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 

1. Sakit kepala kerana tekanan 
2. Sakit kepala kerana sinus 
3. Sakit kepala kerana migrain
 
Sakit kepala merupakan sakit yang biasa dihidapi oleh semua orang tidak kira kanak-kanak mahupun golongan biasa. Namun jika ia sakit yang berpanjangan ia boleh dikira sebagai migrain. Ia merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh golongan remaja. Ia berlaku kerana darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat. Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain: 

1. Kekurangan zat dan nutrisi 
2. Faktor keturunan 
3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid 
5. Terlalu banyak mengambil kafein 
6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya pesakit migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi pesakit migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat tahan sakit boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan. Usus boleh 'bocor', malah buah pinggang akan gagal berfungsi oleh kerana terlalu banyak mengambil ubat tahan sakit.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrien harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement yang dicadangkan untuk pesakit migrain ialah:


1) Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


2) B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menyebabkan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda mesti menjaga pemakanan. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbangkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



Untuk pesanan dan keterangan lanjut, sila hubungi saya.
 
Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email: norzanariahismail@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/annuranna
Page : www.facebook.com/ShakleeNorzanariahIsmail
SID No : 1090328
COD: Bangi - Kajang - Serdang - Putrajaya - Klang - Saujana Utama(Sg. Buloh) - Kemaman

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.

“The greatest wealth is Health.”
 
 


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...