Assalamualaikum semua.
Sedar tak sedar kurang dari seminggu lagi nak puasa kan.
Ramai yang dah buat persediaan untuk Ramadhan. Kebanyakkannya baju raya pun dah
ready kan kan kan kan.
Tak apa, yang penting puasa kena cukup sebulan, kecuali
kalau ada sebab yang membenarkan untuk berbuka…
Bagi yang nak kekalkan kesihatan sepanjang Ramadhan, tentu
dah ready dengan supplement2 tertentu kan. Saya pula, tentulah Shaklee jadi
pilihan. Yang paling penting ESP Shaklee mesti ada disamping set hamil yang
lain iaitu Ostematrix, B Complex, Vita-Lea, Omega Guard dan Vitamin C.
Kandungan dah masuk 7 bulan, jadi saya memang kena betul2 buat persediaan untuk
Ramadhan kali ni. Kalau boleh tak nak skip puasa tapi dalam masa yang sama
kesian kat baby kat dalam ni dan takut diri sendiri tak larat.
Tapi Insya’Allah dengan rangkaian supplement dari Shaklee,
saya boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Insya’Allah.
Sebelum ni dah cerita tentang SET MIGHTY 3 GEMS untuk
persediaan Ramadhan kan?
Kali ni saya nak kongsikan jadual pengambilan supplement
sepanjang Ramadhan nanti.
Waktu Sahur:
- Makan nasi atau apa-apa juadah sahur.
- Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
- Tambahkan minuman Performance Drink, ESP atau Mealshake.
- Makan 3 biji Alfalfa (untuk detoksifikasi)
- Makan 2 biji Lecithin (untuk kurus)
Waktu Berbuka:
- Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal didahului dengan kurma.
- Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik)
- Makan 2 biji ALFALFA (untuk detoksifikasi)
- Makan 2 biji Lecithin (untuk kurus)
Sebelum Tidur:
- Minum segelas ESP
- Makan vitamin lain iaitu Vita-Lea, B Complex, Vitamin C dan Ostematrix.
**Jarakkan pengambilan Vita-Lea dan Ostematrix
**Untuk bancuhan minuman Performance Drink dan ESP, hanya
bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink ke dalam 250 ml
air. Kepekatan ikut selera dan kesesuaian masing2.Nak rasa lebih oren, boleh
letak Performance Drink lebih sikit. Pastikan tiada melebihi sukatan harian.
Mudah je kan aturan pengambilan vitamin di bulan Ramadhan nanti. Kalau rasa susah nak ingat, boleh tulis dan tampal guna magnet kat peti ais tuuu..hehehe.. Jadual ini cuma cadangan dan ianya adalah flexible. Anda boleh mengubahnya mengikut keserasian masing2 tapi sebagai permulaan, boleh cuba jadual ni dulu.
Mungkin juga ada di antara anda yang mengambil supplement selain dari yang disebutkan di atas. Tak mengapa, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang cara pengambilan vitamin tersebut sepanjang Ramadhan.
Mari kita berpuasa dengan hati gembira. Bila hati gembira, ibadat lain pun dapat dilakukan dengan selesa.
Untuk konsultasi percuma dan harga menarik, hubungi saya segera.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)