Alhamdulillah hari ni sihat untuk pergi kerja. Cuma saya nak cerita tentang semalam.
Bangun pagi semalam okay lagi, cuma hidung ni rasa macam sok sek sok sek dah sampaikan suami tegur 'nangis ke?'...hehe... Bila masuk tengah hari, kepala berat, selsema makin teruk.
Tapi saya tabahkan jugak hati buat kerja rumah sebab esoknya dah nak kerja kan. Semalam tak masak, tapau lauk kat keluar je. Suami pula keluar service kereta saya, (sayangnya suami kat i kannnn)...;p
Bila dah malam memang sangat tak larat. Nak makan ubat tak boleh sebab pregnant. Dan dalam hati risau jugak kalau esok demam, sebab kalau boleh tak nak cuti mula2 kerja ni dan risau kat baby kalau ibunya tak sihat. So, saya tawakkal telan 2 biji vitamin C sebelum tidur. Harap2 esoknya kurang sikit selsema dan demam. Tak lupa jugak 2 biji Ostematrix sebelum tidur sebab ibu mengandung kan perlu kalsium.
Masa nak tidur, baby bukan main aktif lagi. Saya boleh senyum je dalam hati. Senyum bahagia...:)
Dan pagi tadi bangun tidur, hidung agak pedih sikit tapi alhamdulillah dah tak selsema. Kepala pun dah kurang sakitnya.
Dengan izin Allah, badan dah sihat dan dapat pergi kerja hari ni...
Bagi sesiapa yang tak tahu, vitamin C ni selain bagus untuk kulit muka, ia juga bagus untuk meningkatkan sistem imun di mana ia akan :
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
- Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
- Mengukuhkan sistem imun
- Meningkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma
- Mengurangkan simptom selsema
Amalkan vitamin C setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik. Tapi, bila rasa macam nak demam atau selsema tu, naikkan sikit dos kepada 2 biji.
Satu lagi amalan waktu sakit, jangan lupa amalkan selawat syifa atau zikir penawar. Selawat Syifa adalah salah satu selawat yang sering dikatakan mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan kesihatan dan penyembuhan penyakit.
Amalkan lah selalu, insya'allah berkurangan sakit yang dialami. Ni antara zikir yang paling saya suka...:)
Itu aje nak cerita tentang semalam. Hari ni pergi kerja dengan senang hati sebab kereta dah super tip top after service.. Thanks to hubby, susah payah untuk isteri tercinta...
Dan senang hati juga sebab selsema dah baik..
goos
ReplyDeleteNice blog.. keep it up..
ReplyDelete