Setelah beberapa hari berlalu, hari ni baru berkesempatan nak menulis entry ni. Ceritanya Jumaat lepas, suami dapat berita gembira untuk jadi pemangku J44. Alhamdulillah. Rezeki baby. Banyak betul yang kitorang dapat lepas je tahu pregnant. First, lepas beberapa minggu dapat tahu yang saya pregnant, saya dapat kerja part time tutor di UPM. Kemudiannya bila contract dah nak hampir habis (cuti semester), tiba-tiba dapat tawaran kerja as IT System Trainer kat office sekarang. Syukur sangat Ya Allah. Banyak sangat yang Allah bagi pada kami. Dan sekarang suami pulak yang dapat berita gembira. Congratulations sayang..:)
So lepas balik keje, sebagai meraikan kejayaan suami, saya ajak suami makan. Suami suggest makan dekat restoran arab dekat Taman Putra Kajang. Katanya dia pernah makan kat situ masa farewell officemate dia. Nasi sedap dan harga boleh tahan. Restaurant tu dekat je dengan rumah kami.
Restaurant ni rasanya baru lagi, cantik dan bersih. Masa kami sampai tu, tak adalah ramai sangat orang jadi order pun cepat. Antara yang kami order ialah :
Mandy Chicken Rice RM12 |
Mandy Lamb Rice RM20 | Vegie Salad RM6.50 | Ice Lemon Tea RM4 |
Sup pulak adalah sup tomato dan rasa dia memang special. Yang saya paling suka ialah vegie salad. Entah seasoning apa dia letak tapi memang best.
Untuk air pulak, saya dan suami order ice lemon tea. Air favourite setiap kali makan nasi arab. Dulu pernah order air yogurt tapi terlampau masam. Tekak tak boleh terima. So start dari hari tu, saya order ice lemon tea je kalau makan nasi arab.
Suami yang sedang menjamu selera..:) |
Kalau tak tahu kat mana, taip je kat waze korang Arabian House Restaurant.
Ni alamatnya:
Arabian House Restaurant,
1-G, Jalan Putra 5,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor.
Untuk suamiku tersayang, congratulations. I am so proud of you. Keep up the great work, honey. I love you so much.
bulan puasa ni kan, tengok ape pon nampak sedap..
ReplyDeleteha'ah betul2...pagi2 kat office suka buka blog resepi...heheehehe
Deletehai ena! lala here. sedap eh kat arabian ni.
ReplyDeletelala memang hantu nasi arab haha
yg plng best lala mkn setakat ni ialah dekat al-ulfah, senawang. Al-Ulfah ni dekat ja dengan Damsyik.
satu lagi, Nasi Arab Damsyik. yg ni memang popular kot hehe tapi lala suka Special Mix Mashwi kat situ. terliuq! nanti ada rezeki lala buat post kat situ. hehe
hai lala...boleh tahan sedap lah arabian house ni... dan selesa sangat...hehehe...tapi saya biasa makan nasi je, yang lain2 tak pernah cuba..hehe..
Deletenanti bila awak dah review al-ulfah tu, boleh lah saya jalan2 kat blog awak ye..hehehe.. kalau ada rezeki ke senawang, boleh try singgah kat sana..:)