Tuesday, July 8, 2014

Khasiat dan kebaikan Herblax Shaklee


Herblax merupakan supplement yang berasaskan 9 herba semulajadi yang diproses melalui kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Setiap herba mempunyai peranannya yang tersendiri yang membantu menggalakkan lagi tindakan pembersihan usus.



Khasiat dan kebaikan Herb-Lax menjadi punca utama ramai orang ingin mengamalkan Herb-Lax. Khasiatnya meliputi keseluruhan sistem penghadaman, pencernaan dan usus kita.

Herb Lax Shaklee juga dikenali sebagai Detox. Apa itu detox..??

"Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien berada pada kadar paling optimum."

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan dan khasiat Herb Lax

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Siapakah yang memerlukan Herb Lax ?

  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
  • Mereka yang mengalami banyak jerawat.
  • Pesakit gout.
  • Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen.

Harga Pasaran : RM53.75 / 180 Biji

Nak harga istimewa?

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : @ennarich_vitaminshaklee
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"


Monday, July 7, 2014

Tips pemakanan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum semua.

Ramadhan adalah bulan di mana kita akan berlumba untuk melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Untuk melakukan ibadat, kita hendaklah memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Bila kesihatan tubuh kita berada dalam keadaan yang baik, maka kita dapat melakukan ibadat tanpa halangan. Insya’allah.



Untuk menjadikan keadaan fizikal kita berada di dalam keadaan optima pada bulan yang penuh ganjaran ini, dikongsikan bersama beberapa tips yang dapat sama-sama kita amalkan:

Tips Pemakanan ketika bersahur

  1. Elakkan minuman berkafein - minuman seperti teh dan kopi boleh menyebabkan anda kerap kencing dan menyebabkan kehilangan garam dan air yang diperlukan dengan lebih cepat
  2. Kurangkan gula/ makanan @ minuman manis - jika berlebihan boleh menyebabkan rasa haus dan tidak selesa pada perut
  3. Kurangkan garam - kandungan garam dalam darah menyebabkan anda cepat berasa haus
  4. Kurangkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan  perut tidak selesa
  5. Lebihkan serat seperti sayuran dan buahan bagi mengelakkan sembelit
  6. Ambil protein  seperti daging merah dan minyak ikan kerana ia mengambil masa untuk hadam, memberi rasa kenyang lebih lama
  7. Ambil karbohidrat kompleks seperti kurma, badam, oat, barli, pasta, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli, kubis  yang boleh membekalkan tenaga lebih lama dalam tubuh anda
Tips pemakanan ketika berbuka puasa

  1. Mulakan dengan kurma/ tamar - amalan ini merupakan sunnah yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa disebabkan kandungan gula, serat dan vitamin yang tinggi dalam kurma
  2. Minum segelas jus buah-buahan segar sebelum makan lebih berat bagi mengelakkan rasa tidak selesa pada perut
  3. Tidak perlu makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa mengantuk dan malas bagi meneruskan ibadah seperti solat terawikh. Pastikan hidangan anda seimbang dengan keperluan tubuh.
  4. Minum air masak 2 hingga 3 liter di antara waktu berbuka dan sahur
  5. Kudap sedikit makanan pada waktu minum malam (supper)
  6. Minum susu atau minuman protein sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih lena

Tips ringkas pengambilan supplement yang sesuai diambil di bulan ramadhan:

Sumber protein terbaik untuk anda ialah ESP Shaklee. Boleh diambil ketika berbuka dan bersahur. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan boleh mengawal rasa lapar.

Gantikan minuman isotonik atau bergas dengan Shaklee Performance Drink. Ia membantu mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan) dan memberi tenaga yang berpanjangan.

Amalkan pengambilan multivitamin - Vitalea untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

Pengambilan B Complex membantu proses metabolisme makanan kepada tenaga bagi memastikan tubuh sentiasa bertenaga ketika seharian berpuasa.

Pengambilan Vitamin C pula membantu meningkatkan imuniti dan mencegah demam dan selsema serta batuk.

Ambil Alfalfa atau Herblax sebelum tidur untuk sistem penghadaman dan nyahtoksin yang lebih baik.

Kalsium dan magnesium - Ostematrix pula membantu kesihatan saraf dan tulang & mendapat tidur lebih lena.



Rujuk jadual pengambilan vitamin di sini.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

Panduan Kesihatan - Masalah-masalah yang biasa dihadapi di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar hari ni dah masuk Ramadhan ke 9. Sekejap je rasanya masa berlalu. Saya rasa belum terlewat untuk saya kongsikan beberapa panduan kesihatan tentang beberapa masalah yang bakal dihadapi ketika kita berpuasa menahan diri dari lapar dan dahaga.

Jom tengok beberapa isu atau masalah kesihatan yang biasa dihadapi di bulan Ramadhan, sebab-sebab dan cara mengatasinya. 

Sumber : Google


Sembelit

Sembelit boleh menyebabkan buasir (hemoroid), fisur (rekahan terusan dubur yang menyakitkan) dan gangguan pencernaan (senak) serta rasa kembung.

Punca: Terlalu banyak makanan yang mempunyai penambah perisa, air terlalu sedikit dan tidak cukup serat dalam diet.

Cara Mengatasi: Elakkan makanan yang mengandungi penambah perisa, tingkatkan pengambilan air, gunakan tepung gandum penuh apabila membuat roti. 

Gangguan Pencernaan dan Angin

Punca: Terlalu banyak makan. Terlalu banyak makanan goreng dan berlemak, makanan pedas, dan makanan yang menyebabkan angin seperti telur, kubis dan kacang dal. Minuman berkarbonat seperti Coke juga menghasilkan gas.

Cara Mengatasi: Jangan makan terlalu banyak. Minum jus buah atau lebih baik lagi, air mineral. Hindari makanan yang digoreng, tambahkan jintan manis dalam makanan yang menyebabkan angin.

Keletihan (Tekanan Darah Rendah)

Peluh berlebihan, lemah, letih, kekurangan tenaga, pening kepala, terutama apabila bangun dari duduk, kelihatan pucat dan rasa pitam adalah gejala yang dikaitkan dengan "tekanan darah rendah". Ia biasanya berlaku menjelang petang.

Punca: Pengambilan cecair terlalu sedikit, kurang pengambilan garam. 

Cara Mengatasi: Duduk tempat sejuk, tingkatkan pengambilan cecair dan garam. 

Perhatian: Tekanan darah rendah perlu disahkan dengan mengambil bacaan tekanan darah apabila gejala kelihatan. Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mungkin perlu diselaras semula pengambilan ubat mereka semasa Ramadhan. 

Sumber : Google
Sakit Kepala 

Punca: Kafein dan pengeluaran tembakau, melakukan terlalu banyak perkara dalam satu hari, kurang tidur, dan kelaparan. Biasanya berlaku di sepanjang hari dan menjadi lebih teruk di penghujung hari. Apabila dikaitkan dengan tekanan darah rendah, sakit kepala boleh menjadi agak teruk dan juga boleh menyebabkan rasa mual sebelum berbuka puasa. 

Cara Mengatasi: Kurangkan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, mulakan satu atau dua minggu sebelum Ramadhan. Teh herba dan bebas kafein boleh dijadikan sebagai pengganti. Atur semula jadual anda di bulan Ramadan supaya anda mendapat tidur yang cukup. 

Gula Darah Rendah 

Rasa lemah, pening, keletihan, penumpuan yang lemah, berpeluh dengan mudah, rasa goyah (menggeletar), tidak dapat melaksanakan aktiviti fizikal, sakit kepala, berdebar-debar adalah gejala gula dalam darah rendah. 

Punca (bukan pengidap diabetes): Mengambil terlalu banyak gula iaitu karbohidrat terproses terutamanya waktu sahur. Badan menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan glukosa darah menurun. 

Cara Mengatasi: Makan sesuatu pada waktu Sahur dan hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula. 

Perhatian: Pesakit kencing manis mungkin perlu menyesuaikan ubat-ubatan mereka pada bulan Ramadhan. Minta nasihat doktor anda. 

Kekejangan Otot 

Punca: Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. 

Cara Mengatasi: Makan makanan yang kaya dengan mineral tersebut seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging dan kurma. 

Perhatian: Mereka yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan yang mempunyai masalah batu karang hendaklah merujuk doktor mereka. 

Ulser Peptik, Pedih Ulu Hati, Gastritis dan Hernia Hiatus 

Paras asid yang meningkat di dalam perut yang kosong di bulan Ramadhan memburukkan keadaan di atas. Ia membuat rasa terbakar di dalam perut di kawasan di bawah tulang rusuk dan boleh sampai sehingga ke kerongkong. Makanan yang pedas, kopi dan minuman berkarbonat memburukkan lagi keadaan ini. 

Ada ubat yang boleh mengawal tahap asid di dalam perut. Mereka yang mendapat ulser peptik dan hernia hiatus seharusnya meminta nasihat doktor mereka sebelum Ramadhan. 

Batu Karang 

Batu karang boleh berlaku pada orang yang kurang mengambil cecair atau minum. Oleh itu, adalah penting untuk minum cecair tambahan bagi mencegah pembentukan batu. 


Sakit Sendi 

Punca: Semasa Ramadan, apabila solat tambahan dilakukan, tekanan ke atas sendi lutut bertambah. Di kalangan orang tua dan mereka yang mempunyai artritis, ini boleh menyebabkan kesakitan, kekejangan, bengkak, dan ketidakselesaan.

Cara Mengatasi: Kurangkan berat badan supaya lutut tidak perlu untuk menanggung apa-apa beban tambahan. Lakukan senaman yang melibatkan anggota bawah sebelum Ramadhan supaya ia bersedia untuk terikan tambahan. Mempunyai fizikal yang sihat membolehkan seseorang melaksanakan solat dengan mudah.


Berpuasalah dengan selesa dan nikmati sepenuhnya faedah kerohanian bulan Ramadhan.

Shaklee Performance Drink - Minuman isotonik tanpa gas dan kurang gula




Performance Drink dari Shaklee merupakan antara supplement terbaik yang pernah dihasilkan oleh Shaklee bagi membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada mereka yang mengamalkannya. Performance Drink telah dihasilkan sebagai minuman sukan pertama untuk para atlet di US. Performance Drink juga diamalkan oleh atlet bertaraf antarabangsa seperti Kent Bostick (pelumba basikal).

Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang sihat dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?

    • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
    • Kurang  kandungan gula (less sugar).
    • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
    • Bersifat isotonik iaitu minuman ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
    • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Harga Pasaran RM 82.50 / 539 g

Nak harga istimewa?

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"


Agar Agar Jagung Manis Berkrim

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan ke 9 untuk semua. Dah 9 hari berlalu ramadhan tapi tak pernah sekali pun pergi bazar. Salah satu sebabnya ialah tak sempat nak pergi sebab nak masak untuk berbuka. Cuma suami yang kadang-kadang pergi bazar beli sejenis dua lauk atau kuih buat tambah-tambah. Lagipun saya lebih prefer masak sendiri berbanding beli kat luar. Yelah, dekat facebook macam2 cerita yang kita dengar tentang bazar ramadhan ni. 

Hari minggu pun saya tak pergi bazar sebab tak larat nak bersesak-sesak. Jadi dengan kerajinan yang tak berapa tebal, saya pun ke dapur menyiapkan agar-agar jagung manis berkrim. Sebenarnya lama dah nak buat agar-agar ni, bahan pun dah beli lama dari hari first puasa lagi. Tapi, hari ni baru berkesempatan.

So sekarang jom kita inta-intai resepinya. Simple dan senang je. Bolehlah buat pencuci mulut untuk berbuka seisi keluarga. Jimat duit tak perlu ke bazar..:)


Bahan-bahan:

1 pek agar-agar (20g)
1400 ml air 
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 tin jagung manis berkrim
100 ml susu cair

Cara-Cara:

  1.      Masakkan  agar-agar dengan air sehingga hancur. Masukkan gula dan masak seketika sehingga larut. Rasakan manisnya.
  2.      Masukkan jagung dalam tin.
  3.      Masukkan susu cair yang dibancuh dengan tepung kastard. Kacau rata
  4.      Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas dan biarkan sejuk.

Dan tadaaaaaaaaa.... Inilah hasil dia..    

Agar agar jagung sebelum dimasukkan dalam peti ais

     Senang je nak buat. Lepas dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais. Makan waktu sejuk-sejuk memang best. Kalau nak lagi best, blend jagung dulu sebelum campurkan dengan agar-agar. Akan nampak lebih cantik gituuu.. Okay, selamat mencuba semua...





Saturday, July 5, 2014

Agar Agar Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...

Best je kan nama tajuk entry ni. Actually saya nak share resepi agar agar milo lapis oreo yang saya buat semalam. Resepi ni saya jumpa dalam google. Nampak menarik sebab tu rasa macam nak cuba. Cara buat dia macam senang, tapi bila dah buat sendiri, agak mencabar jugak rupanya.

So ini lah dia my first attempt of agar-agar milo lapis oreo.



Lapisnya tak berapa menjadi sebab lapisan milo tu belum pun keras, saya dah letak lapisan susu tu. So, dia bercampur. Walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya superb. Yang penting, suami kata sedap..:)

So sekarang, jom kita intai2 resepinya.

Bahan-bahan:

10g serbuk agar agar
750 ml air
160g gula (saya letak 3/4 cawan)
1 tin susu cair (400g)
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo (patah2kan tapi biarkan sandwich lapis)

Cara-cara:

1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan dua cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan satu cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api kecil supaya tidak membeku.
4. Apabila permukaan milo mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
5. Apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan kesemua baki adunan milo tadi.
6. Biarkan membeku pada suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Okay, dah siap. Sepatutnya lapis dia akan jadi cantik macam tapi saya budak baru belajar. Next time buat cantik2 ye.


Sumber : Google



Selamat mencuba semua. Jangan lupa update gambar bila dah siap ye.

Friday, July 4, 2014

Kelebihan dan Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:
  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan.





Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan. Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:




Pudina

Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, Ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman.
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi.
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.





Halia

Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakid haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan.




Pokok Adas

Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untukmenghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Juga, Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.





Cekur Manis

Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. 
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut


Harga Pasaran : RM45.00 / 90 Biji

Harga istimewa? Hubungi saya :

Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"


Thursday, July 3, 2014

VIVIX Shaklee : Tonik anti-penuaan







Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Kebaikan Vivix Shaklee

·                     Menggalakkan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
·                     Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
·                     Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
·                     Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
·                     Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
·                     Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat alzheimer
·                     Membantu merawat penyakit parkinson
·                     Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
·                     Meningkatkan kesihatan imum badan
·                     Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Call/SMS/Whatsapp : 019-3797088
Email : norzanariahismail@yahoo.com
Instagram : Shaklee_livehealthy_livewell
SID No : 1090328
COD : Bangi - Kajang - Putrajaya - Seri Kembangan - Serdang - UPM

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

"The greatest wealth is Health"

Menu Berbuka : Sambal Tempe

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa dan 5 hari juga saya dapat sempurnakan puasa walaupun semakin sarat. Baby ibu memberi kerjasama yang sangat baik..:)


Dah jadi rutin, balik dari kerja dan memasak untuk berbuka. So hari ni saya nak kongsikan menu berbuka puasa semalam yang sangat simple. Cukuplah untuk saya berdua dengan suami. Suami pula biasanya singgah bazar untuk beli sedikit kuih muih. Menu berbuka semalam ialah sambal tempe resepi ibu mertua, udang masak lemak cili padi dengan kacang panjang dan begedil ayam. Macam entry sebelum ini saya dah cerita kan yang saya dah siap-siap buat begedil. Jadi balik kerja semalam, saya cuma perlu celup telur dan goreng. Dah siap !




Menu berbuka 4 ramadhan..


Memandangkan ada yang bertanya tentang resepi sambal tempe, saya dengan senang hatinya akan kongsi kat sini. Actually resepi ni dari my mil dan memang jadi favourite suami saya. Okay, jom kita intai2 resepinya ye..

Bahan-bahan:

2 biji kentang
2 paket tempe
5 keping tauhu
Suhun

Bahan-bahan tumis:  

2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji cili besar - saya keluarkan biji sebab tak nak bagi pedas sangat.
2 sudu cili boh - nak lebih sedap, guna cili kering kisar
udang kering - tumbuk sedikit sebelum dikisar

1 sudu kecil pes asam jawa


Bahan-bahan tumis untuk sambal tempe


Cara-cara:


  1. Potong kesemua kentang, tempe, dan tauhu. Kemudian goreng semuanya berserta dengan suhun. Kemudian ketepikan. 
  2. Kisar semua bahan tumis.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan cili giling. Tumis lama sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan air asam jawa, kacau sekejap. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.(hujung-hujung sudu)
  5. Biarkan seketika. Masukkan kentang, tempe, tauhu dan suhun yang digoreng.
  6. Goreng dan gaulkan bersama sehingga sediki kering. 


Dah siap! Ni lah rupanya. Alhamdulillah rasanya kena je walaupun puasa..hehehe.. Suami cakap, banyaknya masak. Hehehe..sebenarnya tak perasan pulak dah termasak banyak. So untuk pengetahuan semua, resepi ni bolehlah untuk 4 atau 5 orang makan sebab banyakkkk..hehehe


Ini lah rupanya sambal tempe resepi my mil



Ini pulak begedil yang siap digoreng. Resepinya di sini.

Begedil Ayam

Dan ini ialah udang masak lemak cili padi dengan kacang panjang.


Udang masak lemak cili pada dengan kacang panjang

Jadi, ni lah dia menu berbuka semalam. Lauk semua masih berbaki selepas berbuka. Jadi saya pun panaskan balik untuk dimakan semasa sahur. Alhamdulillah tak membazir. Selepas berbuka, macam biasa suami yang tolong clearkan meja makan dan lap-lap meja. Saya memang dah tak larat sangat. Million thanks to hubby... Rajin tolong isteri..:)

Hari ni pulak saya tak fikir apa-apa untuk masak menu apa semasa berbuka sebab suami kata hari ni nak beli kat bazar je. Suami kesian tengok isterinya penat masak kat dapur. Thank you sayang. So, hari ni off dapur dan berehat. Maybe buat air je. Maybe jugak kalau malam ni rajin dan larat, saya ingat nak buat puding milo sebagai pencuci mulut untuk berbuka esok.


MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...