Monday, July 7, 2014

Tips pemakanan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum semua.

Ramadhan adalah bulan di mana kita akan berlumba untuk melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat kali ganda. Untuk melakukan ibadat, kita hendaklah memastikan badan sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Bila kesihatan tubuh kita berada dalam keadaan yang baik, maka kita dapat melakukan ibadat tanpa halangan. Insya’allah.



Untuk menjadikan keadaan fizikal kita berada di dalam keadaan optima pada bulan yang penuh ganjaran ini, dikongsikan bersama beberapa tips yang dapat sama-sama kita amalkan:

Tips Pemakanan ketika bersahur

  1. Elakkan minuman berkafein - minuman seperti teh dan kopi boleh menyebabkan anda kerap kencing dan menyebabkan kehilangan garam dan air yang diperlukan dengan lebih cepat
  2. Kurangkan gula/ makanan @ minuman manis - jika berlebihan boleh menyebabkan rasa haus dan tidak selesa pada perut
  3. Kurangkan garam - kandungan garam dalam darah menyebabkan anda cepat berasa haus
  4. Kurangkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan  perut tidak selesa
  5. Lebihkan serat seperti sayuran dan buahan bagi mengelakkan sembelit
  6. Ambil protein  seperti daging merah dan minyak ikan kerana ia mengambil masa untuk hadam, memberi rasa kenyang lebih lama
  7. Ambil karbohidrat kompleks seperti kurma, badam, oat, barli, pasta, gandum penuh, kacang soya, kentang, brokoli, kubis  yang boleh membekalkan tenaga lebih lama dalam tubuh anda
Tips pemakanan ketika berbuka puasa

  1. Mulakan dengan kurma/ tamar - amalan ini merupakan sunnah yang telah terbukti secara saintifik membantu memberi tenaga segera selepas seharian berpuasa disebabkan kandungan gula, serat dan vitamin yang tinggi dalam kurma
  2. Minum segelas jus buah-buahan segar sebelum makan lebih berat bagi mengelakkan rasa tidak selesa pada perut
  3. Tidak perlu makan berlebihan, berhenti sebelum kenyang bagi mengelakkan rasa mengantuk dan malas bagi meneruskan ibadah seperti solat terawikh. Pastikan hidangan anda seimbang dengan keperluan tubuh.
  4. Minum air masak 2 hingga 3 liter di antara waktu berbuka dan sahur
  5. Kudap sedikit makanan pada waktu minum malam (supper)
  6. Minum susu atau minuman protein sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih lena

Tips ringkas pengambilan supplement yang sesuai diambil di bulan ramadhan:

Sumber protein terbaik untuk anda ialah ESP Shaklee. Boleh diambil ketika berbuka dan bersahur. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan boleh mengawal rasa lapar.

Gantikan minuman isotonik atau bergas dengan Shaklee Performance Drink. Ia membantu mengatasi dehidrasi (kehilangan air dari badan) dan memberi tenaga yang berpanjangan.

Amalkan pengambilan multivitamin - Vitalea untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan badan.

Pengambilan B Complex membantu proses metabolisme makanan kepada tenaga bagi memastikan tubuh sentiasa bertenaga ketika seharian berpuasa.

Pengambilan Vitamin C pula membantu meningkatkan imuniti dan mencegah demam dan selsema serta batuk.

Ambil Alfalfa atau Herblax sebelum tidur untuk sistem penghadaman dan nyahtoksin yang lebih baik.

Kalsium dan magnesium - Ostematrix pula membantu kesihatan saraf dan tulang & mendapat tidur lebih lena.



Rujuk jadual pengambilan vitamin di sini.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...