Saturday, July 5, 2014

Agar Agar Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum...

Best je kan nama tajuk entry ni. Actually saya nak share resepi agar agar milo lapis oreo yang saya buat semalam. Resepi ni saya jumpa dalam google. Nampak menarik sebab tu rasa macam nak cuba. Cara buat dia macam senang, tapi bila dah buat sendiri, agak mencabar jugak rupanya.

So ini lah dia my first attempt of agar-agar milo lapis oreo.



Lapisnya tak berapa menjadi sebab lapisan milo tu belum pun keras, saya dah letak lapisan susu tu. So, dia bercampur. Walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya superb. Yang penting, suami kata sedap..:)

So sekarang, jom kita intai2 resepinya.

Bahan-bahan:

10g serbuk agar agar
750 ml air
160g gula (saya letak 3/4 cawan)
1 tin susu cair (400g)
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo (patah2kan tapi biarkan sandwich lapis)

Cara-cara:

1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu cair dan kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan dua cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan satu cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api kecil supaya tidak membeku.
4. Apabila permukaan milo mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
5. Apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan kesemua baki adunan milo tadi.
6. Biarkan membeku pada suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Okay, dah siap. Sepatutnya lapis dia akan jadi cantik macam tapi saya budak baru belajar. Next time buat cantik2 ye.


Sumber : Google



Selamat mencuba semua. Jangan lupa update gambar bila dah siap ye.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...