Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa dan 5 hari juga saya dapat sempurnakan puasa walaupun semakin sarat. Baby ibu memberi kerjasama yang sangat baik..:)
Dah jadi rutin, balik dari kerja dan memasak untuk berbuka. So hari ni saya nak kongsikan menu berbuka puasa semalam yang sangat simple. Cukuplah untuk saya berdua dengan suami. Suami pula biasanya singgah bazar untuk beli sedikit kuih muih. Menu berbuka semalam ialah sambal tempe resepi ibu mertua, udang masak lemak cili padi dengan kacang panjang dan begedil ayam. Macam entry sebelum ini saya dah cerita kan yang saya dah siap-siap buat begedil. Jadi balik kerja semalam, saya cuma perlu celup telur dan goreng. Dah siap !
Menu berbuka 4 ramadhan.. |
Memandangkan ada yang bertanya tentang resepi sambal tempe, saya dengan senang hatinya akan kongsi kat sini. Actually resepi ni dari my mil dan memang jadi favourite suami saya. Okay, jom kita intai2 resepinya ye..
Bahan-bahan:
2 biji kentang
2 paket tempe
5 keping tauhu
Suhun
Bahan-bahan tumis:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 biji cili besar - saya keluarkan biji sebab tak nak bagi pedas sangat.
2 sudu cili boh - nak lebih sedap, guna cili kering kisar
udang kering - tumbuk sedikit sebelum dikisar
1 sudu kecil pes asam jawa
Bahan-bahan tumis untuk sambal tempe |
Cara-cara:
- Potong kesemua kentang, tempe, dan tauhu. Kemudian goreng semuanya berserta dengan suhun. Kemudian ketepikan.
- Kisar semua bahan tumis.
- Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan cili giling. Tumis lama sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, kacau sekejap. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.(hujung-hujung sudu)
- Biarkan seketika. Masukkan kentang, tempe, tauhu dan suhun yang digoreng.
- Goreng dan gaulkan bersama sehingga sediki kering.
Dah siap! Ni lah rupanya. Alhamdulillah rasanya kena je walaupun puasa..hehehe.. Suami cakap, banyaknya masak. Hehehe..sebenarnya tak perasan pulak dah termasak banyak. So untuk pengetahuan semua, resepi ni bolehlah untuk 4 atau 5 orang makan sebab banyakkkk..hehehe
Ini lah rupanya sambal tempe resepi my mil |
Ini pulak begedil yang siap digoreng. Resepinya di sini.
Dan ini ialah udang masak lemak cili padi dengan kacang panjang.
Jadi, ni lah dia menu berbuka semalam. Lauk semua masih berbaki selepas berbuka. Jadi saya pun panaskan balik untuk dimakan semasa sahur. Alhamdulillah tak membazir. Selepas berbuka, macam biasa suami yang tolong clearkan meja makan dan lap-lap meja. Saya memang dah tak larat sangat. Million thanks to hubby... Rajin tolong isteri..:)
Hari ni pulak saya tak fikir apa-apa untuk masak menu apa semasa berbuka sebab suami kata hari ni nak beli kat bazar je. Suami kesian tengok isterinya penat masak kat dapur. Thank you sayang. So, hari ni off dapur dan berehat. Maybe buat air je. Maybe jugak kalau malam ni rajin dan larat, saya ingat nak buat puding milo sebagai pencuci mulut untuk berbuka esok.
Begedil Ayam |
Dan ini ialah udang masak lemak cili padi dengan kacang panjang.
Udang masak lemak cili pada dengan kacang panjang |
Jadi, ni lah dia menu berbuka semalam. Lauk semua masih berbaki selepas berbuka. Jadi saya pun panaskan balik untuk dimakan semasa sahur. Alhamdulillah tak membazir. Selepas berbuka, macam biasa suami yang tolong clearkan meja makan dan lap-lap meja. Saya memang dah tak larat sangat. Million thanks to hubby... Rajin tolong isteri..:)
Hari ni pulak saya tak fikir apa-apa untuk masak menu apa semasa berbuka sebab suami kata hari ni nak beli kat bazar je. Suami kesian tengok isterinya penat masak kat dapur. Thank you sayang. So, hari ni off dapur dan berehat. Maybe buat air je. Maybe jugak kalau malam ni rajin dan larat, saya ingat nak buat puding milo sebagai pencuci mulut untuk berbuka esok.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)