Salam Ramadhan ke 9 untuk semua. Dah 9 hari berlalu ramadhan tapi tak pernah sekali pun pergi bazar. Salah satu sebabnya ialah tak sempat nak pergi sebab nak masak untuk berbuka. Cuma suami yang kadang-kadang pergi bazar beli sejenis dua lauk atau kuih buat tambah-tambah. Lagipun saya lebih prefer masak sendiri berbanding beli kat luar. Yelah, dekat facebook macam2 cerita yang kita dengar tentang bazar ramadhan ni.
Hari minggu pun saya tak pergi bazar sebab tak larat nak bersesak-sesak. Jadi dengan kerajinan yang tak berapa tebal, saya pun ke dapur menyiapkan agar-agar jagung manis berkrim. Sebenarnya lama dah nak buat agar-agar ni, bahan pun dah beli lama dari hari first puasa lagi. Tapi, hari ni baru berkesempatan.
So sekarang jom kita inta-intai resepinya. Simple dan senang je. Bolehlah buat pencuci mulut untuk berbuka seisi keluarga. Jimat duit tak perlu ke bazar..:)
Bahan-bahan:
1 pek agar-agar (20g)
1400 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 tin jagung manis berkrim
100 ml susu cair
Cara-Cara:
- Masakkan agar-agar dengan air sehingga hancur. Masukkan gula dan masak seketika sehingga larut. Rasakan manisnya.
- Masukkan jagung dalam tin.
- Masukkan susu cair yang dibancuh dengan tepung kastard. Kacau rata
- Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas dan biarkan sejuk.
Dan tadaaaaaaaaa.... Inilah hasil dia..
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)