Wednesday, July 2, 2014

Begedil Untuk Berbuka Puasa

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari teringin nak makan begedil. Dari hari ke 2 puasa lagi teringin nak makan begedil tapi tak sempat nak buat sebab balik kerja pun dah lewat.

So saya ambil alternatif lain, buat begedil semalam, pastu simpan dalam peti ais dan petang ni sebelum berbuka, cuma tinggal nak celup telur dan goreng.

Barang masak semua dah ada, jadi semalam dengan kerajinan yang tak berapa banyak, maka saya pun mula lah buat begedil sebelum tidur.

Rasanya semua orang tahu nak buat begedil tapi, saya nak juga share resepi begedil versi saya... hehehehe

Bahan-bahan:

3 biji kentang
Daging kisar - saya guna ayam
Daun sup - cincang halus, tapi kali ni saya tak letak sebab dah habis stok
1 ulas bawang merah - cincang halus
Bawang goreng - ramas dengan tangan hingga hancur
1sudu besar tepung jagung
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Sebiji telur untuk menggoreng

*yang kat bawah ni saya saja tambah.:)
3 biji cili padi - cincang halus
Lobak - cincang halus

Cara-cara:
  1. Rebus kentang hingga empuk, 15-20 minit.
  2. Sementara kentang empuk, sediakan bahan-bahan seperti daging kisar, daun sup, bawang merah,bawang goreng, tepung jagung. - Gaulkan bersama.
  3. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. 
  4. Lenyek kentang ketika masih panas dan masukkan bahan-bahan yang digaul bersama.
  5. Masukkan lada sulah dan garam. 
  6. Bentukkan bulat-bulat leper macam gambar kat bawah ni.
  7. Celupkan telur dan goreng.


*goreng biar tenggelam dalam minyak menggunakan api yang perlahan.


Begedil yang belum digoreng.


haaa, dah siap. Tapi saya simpan dalam peti ais dulu untuk digoreng waktu berbuka petang ni. 

Lepas siap begedil, saya siapkan pulak bahan tumis untuk buat sambal tempe esok.


Bahan tumis untuk sambal tempe - blend siap2


Dah siap semua,baru tidur. Actually semalam lupa nak kunci jam tapi ajaibnya saya terjaga tepat jam 4.30 pagi. Nasib baik tak terlepas waktu sahur.

Menu berbuka petang ni ialah udang masak lemak cili api, sambal tempe dan semestinya begedil. Nanti saya update balik rupanya camne ye..

Selamat berpuasa semua...:) 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments. Don;t forget to click follow....:)

MINYAK AROMATERAPI SERAI WANGI SUZYHONEY - Harga promo RM11 sahaja

 Assamualaikum semua. Hai lamanya tak update kan. Macam busy sangat je. 😅 Okay lah just nak share, Suzyhoney tengah ada PROMO Minyak Serai ...